~EVOLUSI KL DRIFT 2 ..HEBAT~

Posted by zetty edryana | 11:17 PM | 2 comments »


Filem : Evolusi Kl Driff 2
Lokasi : Melaka Mall
Dibintangi oleh  : Syamsul Yusof, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Aaron Aziz,
                              Shaheizy Sam, Remy Ishak, Hetty Sarlene dan Adam Corrie Lee


Akhirnya terlaksana juga la impian zetty nak tgok movie nie,
walaupun xde orang nak temankan zetty,sedih kan......huhuhu
tapi standard la kan zetty kan penyokong industri filem tempatan.
huhuhu perasan la pulak kan...tapi bukan selalu...betul tak....???
ramai orang cakap yang cite nie best,kalau tgok iklan kat  tv pun
nampak macam gempaq je.....jadi zetty pun nak tgok la kan....heheheh


mula-mula zetty nak cite sikit tentang cite nie,kisah tentang kehidupan zack
(syamsul ) dah sham (farid kamil ) yang masih belum berakhir,zack bukan 
lagi pelumba haram seperti dulu,sekarang dia seorang " Drifter " profesional .
dalam  pada itu selepas kemalangan yang dialami ,sham bukan lagi drifter kerana 
kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat,peristiwa lampau dan 
keadaan dirinya yang cacat menghantui diri sham,dalam kekalutan ini muncul
seorang wanita bernama Aleeya (scha ) yang juga seorang drifter profesional.
Joe (Aaron aziz )yang terlepas kemalangan maut masih lagi mendendami Zack.
wajah yang berparut menguatkan lagi keazaman untuk menghapuskan zack
dan orang-orangnya.Ery ( Sam.a.k.a Adnan sempit ) sebagai oarng kanan 
joe juga menaruh dendam pada zack kerana kawan-kawan baiknya karl dipenjarakan
selain dari memburu zack,joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di kl,
inspektor kamal ( Remy ishak ) mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah
dilakukan oleh joe,bagaimana kesudahan cite nie,hmmmm sila tengok sendiri ye.....!!!



kenapa korang wajib tengok cite nie...tak rugi tau kalau beli tiket mahal pun...

  • Jalan cerita nie memang mantap dan tersusunSebab ini filem Malaysia, pengarah dan penerbit pun orang Malaysia. Sokonglah produk tempatan!
  • Aksi drif yang fuhhh…..tak percaya orang tempatan kita boleh buat. boleh!Genre aksi yang best bagi filem Malaysia.yes malaysia boleh!!!!inspektor polis pun boleh buat drift, pas tue kereta mantap plak tue. (tak kena saman la, dah polis)
  • Barisan pelakon yang mantap. Muka2 yang memang kita nak tengok. (Pssst..Penjahat lagi ensem dari hero. He..he..he…)pertama kali juga zetty tengok penjahat yang hensem2,selalunya macam muka jambatan tak siap ada la...
  • watak samseng macam cerita international dan jalan cerita yang tidak meleret-leret
  • Pengajaran yang banyak tentang erti setiakawan, sampai boleh rasa cam 2 hero tue GAY je. He he he.





Dalam drift pun ade juga kelakarnya.....

  •  Tengah kalut2 ada gak nak letak scene citer Hindustan. Lawak habis (babak cinta Zack & Aleeya) nasib takde hujan n kereta api heheh kalau tak sejibik macam........
  • polis kejar penjahat guna kereta sendiri,cam poyo pun ade juga,Nak kejar samseng ganas, tapi tak ramai guna anggota polis. Patut kena tunjukkan sikit kehebatan polis Malaysia kan. Filem kita wajah kita!!!yela nak ambil ramai-ramai polis mungkin tak cukup bajet kot....
  • gerakan driff yang kurang menarik kurang,drift biase-biase je banyak....





Secara keseluruhannya tidak rugi membelanjakan RM 8 untuk tengok citer ni.  Untuk kepuasan, baik korang tengok sendiri. Bukan senang nak tengok kereta dahsyat-dahsyat meletup macam tue…ape-apa pun zetty tabik spring kat syamsul ,kerana berjaya mengarahkan filem yang hebat,menarik dan tak jemu tapi ok la,sebab adengan aweks seksi tak la banyak sangat. 
harap-harap lepas nie ada lagi la kl drift 3 lak....sokonglah filem tempatan!




tapi yang paling zetty suka mestila lagu tema cite nie....best ......









p/s untuk syamsul,kalau nak buat filem kl drift 3 
ambil la zetty jadi pembantu awk pun xpe....hehehhe...
ape2 pun tahniah sebab berjaya buat filem yang hebat....

www.tips-fb.com

2 comments

  1. Kalam Hitam // April 6, 2010 at 8:24 AM  

    whoa, tgk wayang tak ajak...

    hehehe!

    nice kan filem ni?

    fir x suka part jiwang tu je. tengah lari dari polis, tetiba trus gi jumpa scha...

    apa kes?

    :D

  2. Kalam Hitam // April 6, 2010 at 8:50 AM  

    owh, lupa...

    fir rasa ex-bf zetty dah remove fir dari facebook zetty.

    tak kisahlah, but fir harap fir dapat call n dapat cakap dgn zetty as soon as possible...

    boleh bagi no rumah zetty?

    lupa ek nak bagi kat ym smalam?

    :D