~AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM ACIK SPIN~

Posted by zetty edryana | 10:25 PM | 4 comments »






Pada jam 7 malam tadi, penyanyi Achik Spin atau nama 
sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari diberitakan telah meninggal dunia 
dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS iaitu di
KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).
Achik Spin dalam perjalanan pulang dari bersiaran langsung
di RTM untuk program Hits1 pada petang tadi.







Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki kereta MPV Toyota Estima 
dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya. Arwah tersepit 
di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat
merangkak keluar dari kereta.
Jam 8 malam, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan 
difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah 
mengesahkan kejadian tersebut.







Vokalis Spin ini dikenali ramai dengan lagu Paling Comel berduet dengan penyanyi 
sekampungnya, Siti Nordiana atau Nana. Achik Spin bernikah dengan Tasha atau nama 
sebenarnya HM Rosezaitul Suriani Wati pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007, 
Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Namun, anak 
sulungnya itu meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama 
seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.
















ZETTY INGIN MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH
BUAT SELURUH FAMILY ALLAHYARHAM.  






p/s : Al- Fatihah ..semoga rohnya ditempatkan dikalangan 
orang-orang beriman dan beramal soleh...Nampaknya tahun 2010
menyaksikan ramai sekali insan seni yang telah meninggalkan dunia
untuk mengadap ALLAH
YANG MAHA ESA

JANGAN LUPA TENGOK RANCANGAN 
JANGAN TIDO LAGI,PADA 21/4/2010
RANCANGAN TERAKHIR ACIK BERSAMA NANA... 




www.tips-fb.com

4 comments

  1. kersani // April 18, 2010 at 4:21 AM  

    lajunya update...

    hehe!

    :)

  2. zetty edryana // April 18, 2010 at 1:54 PM  

    heheheh....awk shat???

  3. Ikmal // April 18, 2010 at 8:37 PM  

    alfatihah

  4. hani raihan // April 20, 2010 at 7:38 PM  

    al-fatihah...moga rohnye dicucuri rahmat...