~LELAKI AYAT POWER....."passt jangan tertipu!"

Posted by zetty edryana | 12:11 AM | 2 comments »

JANGAN KORABNKAN DIRI UNTUK BUKTIKAN CINTA!!!!!


sekarang nie macam dah jadi trend gadis-gadis remaja untuk serahkan 
tubuh mereka,kepada kekasih,opps  kenapa bergitu murah nilai harga dirimu???
tak sedar ke yang lelaki buaya yang hanya nak berseronok,
lepas habis madu,sepah pun dibuang......



mungkin ada yang cuba menafikan apa yang zetty katakan nie,
tetapi sama ada mahu mengakuinya atau pun tidak,
realitinya ada ramai gadis-gadis remaja diluar sana yang melakukannya,,,,
TAHNIAH  kepada yang tidak MELAKUKANNYA,
walaupun dicop kolot,ketinggalan zaman,tak ikut perkembangan semasa dan sebagainya
ternyata kamu bijak buat keputusan.....



zetty pun bukan nya baik sangat pun,
tapi walaupun semoden mana sekalipun gaya hidup,
soal harga diri dan maruah diri,jangan dipersendakan....
cuba fikir secara waras,KENAPA KITA BERCINTA/??/
SALAH KE KALAU BERCINTA....????
sebenarnya tak salah bercinta,dalam masa percintaan tue,adalah ruang untuk kita
saling kenal mengenali,sebelum memutuskan untuk hidup bersama....

tapi kalau dalam tempoh bercinta ,si dia sudah tunjukkan belang,
tanda-tanda tak bertangungjawab,lebih baik angkat kaki je....
ramai lagi orang yang lebih baik....
percayalah JODOH PERTEMUAN DITANGAN TUHAN,,,,



lagi satu zetty paling benci pada orang yang dah ade kekasih
tapi tetap mengaku single....memang tak sedar diri,,,,
bak kata kawan zetty iaitu KERSANI......

"utamakan dahulu kebahagian kamu,biarkan LELAKI BERMULUT LONGKANG
itu berjuta kali menyatakan kamu curang sekalipun,
kerana kamu berhak untuk kebahagian kamu.tak akan ada orang didunia ini
yang seharusnya menyayangi dan mencintai kamu lebih dari diri kamu sendiri....
jangan kamu sangka oleh kerana semua lelaki adalah khalifah dan pembimbing kamu
wanita ,tidak ada khalifah yang jahil!!!ada,dan banyak pulak kuantitinya !
percaya lah kamu harus tinggalkan fasa sedih untuk kamu menemui suatu fasa kebahagiaan,,,,
bertahan selagi termampu,tapi harus ingat ada orang lain yang mungkin jauh,
tapi menghargai kamu lebih dari SEGALANYA,,,,,,
(ayat nie paling zetty suka...tema kasih ye kersani)



"INGATLAH TIADA ISTILAH SISTEM BARTER DALAM BERCINTA'
I SAYANG U,I MAHU BODY U,
U SAYANG I,BAGI LA DARA U'
HADOI.....KALAU NIE YANG 
BERLAKU DALAM HUBUNGAN CINTA KAMU,
FIKIR LAH SEDALAM-DALAM.....
BERBALOI KE TAK....????
DAN KESAN YANG KAMU DAPAT......
FIKIR-FIKIR LAH.......







~mintak-mintak dijauhkan dariku dan keterunanku..amin~

www.tips-fb.com

~ESQ TUNGGU KEDATANGAN KU~

Posted by zetty edryana | 12:26 AM | 12 comments »




Dulu zetty tak kenal pun apa itu  'ESQ'...
tapi lepas dengar adik ku yang paling gedik iaitu admiral hafiz aka cipong....
rasa jeles la pulak....tiap hujung minggu asyik pergi esq je...
dah banyak negeri dia merantau...

CAYA LA...ADIK SAPA LA NIE....

Mula-mula memang zetty tak minat lagsung nak ambil tahu tentang ESQ nie...
tapi lepas dengar dia cerita yang esq nie training berbentuk motivasi ,
seperti bersalam semut la,nyanyi lagu-lagu,main game dan yang pasti 
memang 10000% tak boring......kalau tak caya tanya la dia,.,,,



sepanjang training nie,kita akan didedahkan betapa kecilnya kita di alam Ciptaan 
Yang Maha Esa nie,dan kita akan sedar selama ini akan kelalaian yang kita pandang endah dan kurang rasa...Syukur dengan  kebesaran Allah ,Tuhan Sekelian Alam....
Allahhu Akhbar...!!! Allahhu Akhbar!!!!!.......

PINJAM JAP PIC NIE.....LAWA LA PULAK....



Selain memupuk secara spiritual ,program nie juga mengajar tentang pembinaan
jati diri sehingga mampu dan mencungkir semangat dan bakat yang terpendam...
korang jangan tak tahu,zetty sebenarnya banyak bakat terpendam tau....
cuma malas nak tunjuk je.........

Tapi Rm yang menjadi masaalah zetty sekarang....
kepada yang punya simpanan lebih-lebih tue tlong la sponser zetty,
tak pun derma-derma la keatas nama zetty.....
bak kata bersamamu"hulurkan tangan ringan kan beban..."
dan bak kata karam singh walia...."terbakar kampung nampak asap.terbakar hati sapa yang tahu.....
renung-renungkan dan selamat beramal........
.


ESQ TUNGGGGGGGGGU ZETTY DATANG.......................



p/s~untuk admiral hafiz
"kalau aku pergi ada diskaun tak???


www.tips-fb.com

~cinta jarak jauh...boleh kekal ke???~

Posted by zetty edryana | 1:47 AM | 10 comments »

Dah lama rasanya,zetty tak up date blog....
maaf ye...zetty bz sikit sekarang nie....(mcm ada peminat la pulak...)
ok la...entry kali nie ,zetty cuma nak kongsikan bersama korang,
tentang satu topik yang tak dapat  disangkal lagi,
memang ada kaitannya dengan diri zetty,atau mungkin juga korang pernah alami sendiri....



pernah tak korang rasa terlalu jauh dengan seseorang???apabila perasaan sayu
dan kerinduan yang mendalam terhadap seseorang,ia membuatkan anda sering termenung
memikirkan dirinya.....(betul tak.....)



bayangkan lah kalau korang bertugas jauh diutara,sedangkan sidia pula
berada diselatan,mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak,
sedangkan pada masa yang sama,rindu terhadap sidia meluap-luap....
pasti tersiksa.....korang pernah alami tak....kalau zetty yang tanya,
mesti la zetty pernah alami semua nie.....huhuhu....

tapi kadang-kadang cinta jarak jauh nie seronok juga,
kita boleh mguji tahap kejujuran sidia,...
sesekali jumpa ,memang rasa macam dunia nie kita yang punya....
tapi ada juga yang tak seronok dengan cinta jarak jauh nie,
kadang-kadang ada juga perasaan curiga,sebab takut
kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan......(aduh gedikla pulak ayat nie..)

tapi zetty percaya,jauh atau dekat bukan segalanya dalam percintaan,
yang penting niat dan hati mesti la betul...
bagi zetty jangan jadikan cinta jarak jauh sebagai pemusnah cinta,
tapi jadikan seabgai satu cabaran yang akan memberikan kita lebih
semangat untuk meneruskan cinta itu..



zetty masih ingat lagi kata-kata dari kawan zetty...
kata dia"ramai orang tahu makna putus kasih,
dalam perhubungan ,masa tue kita tidak tahu apa 
yang perlu kita lakukan....semuanya rasa seakan-akan
hidup tidak bermakna....berjurai air mata dikeluarkan
dan perbagai memori indah saat bersama dengan sidia,
akan hadir dalam minda waktu itu....tapi semunya 
tidak berguna lagi,kerana dia bukan lagi pasangan anda,,,'"
selagi ada 3K dalam diri kita,zetty percaya seaglanya akan menjadi mudah....


sebenarnya perhubungan jarak jauh ,tidak dinafikan amat berisiko ,
tapi disebalik risiko nie la yang bakal manguji sejauh mana kejujuran kita dalam percintaan.....
apa-apa pun yang penting kita happy......



~zetty pun tak tahu nape zetty tulis pasal nie...
mungkin zetty rindukan seseorang,
tapi adakah dia pun rindukan zetty.....
entah la...hanya dia je yang tahu tentang hati dia,....~







www.tips-fb.com

~BANJIR DALAM KEMARAU,DAH TAK MUSTAHIL~

Posted by zetty edryana | 10:42 PM | 4 comments »




KUALA LUMPUR: Hujan lebat hampir satu jam semalam mengakibatkan banjir kilat di Hentian Puduraya, malah paras air naik mendadak menyebabkan laluan itu sukar dilalui kenderaan ringan terutama motosikal.

Fenomena banjir kilat itu sekali gus menyebabkan keadaan trafik terganggu selain sesak teruk dan sempat dirakam jurufoto.




Bagaimanapun, keadaan pulih beberapa jam kemudian dan aliran trafik kembali lancar.



SUMBER :METRO ONLINE






TAK TAHU LA FENOMENA APA YANG MELANDA MALAYSIA SEKARANG,
HAMPIR KESEMUA NEGERI PANAS HINGGA MENCECAH 37oC....
MEMANG PANAS TAHAP GILA,KADANG2 RASA MACAM DALAM OVEN.
MEMANG MASAK LA....


TAPI YANG MENJADI KEMUSYKILAN,KENAPA LA KUALA LUMPUR 
SELALU HUJAN LEBAT,SAMPAI BOLEH BANJIR.....
KAT MELAKA NIE NAK HUJAN PUN SUSAH,
NAK TIDO PON KOL 3 ,4 PAGI BARU BOLEH TIDO.....
BILA LA NAK  BERAKHIR FENOMENA NIE,




KEPADA PENDERMA2 YANG BAIK HATI,
DERMA LA AIR-COND.......HUHUHU,
PENING KEPALA MALAM2 TAK BOLEH TIDO...
HEHEHEHHE :)    






www.tips-fb.com