~EPISOD 1 (CINTA GILA )~

Posted by zetty edryana | 4:38 PM | 4 comments »

"SALAM PERKENALAN "


Salam setiap orang mesti ada sejarah cinta tersendiri,pahit dan manis 
adalah asam garam dalam setiap perhubungan .kadang-kadang apa yang
kita impikan tak semua akan jadi kenyataan.zetty nak kongsi kan perjalanan
kisah cinta zetty,kalau difikirkan balik,kelakar pun ada.

Dulu zetty bukan jenis yang tak suka melayan internet sangat,tapi lepas zetty 
kecewa dengan seseorang ,mulalah zetty berjinak-jinak dengan dunia 
internet nie,yela buat apa kita menangisi pada perpisahan ,
biarlah dia bahagia .......



Sejak pada saat itulah zetty,kenal apa itu "Frienster","Myspace " 
dan "Facebook "mungkin dengan berchating,dan mempunyai 
ramai kawan ,mungkin zetty boleh melupakan tentang kenangan 
pahit yang pernah zetty lalui.ooo best juga dapat ramai kawan,
sekurang-kurangnya zetty dapat kenal dengan bermacam-macam 
watak manusia,tapi zetty dah berjanji dengan diri zetty sendiri,
yang zetty takkan bercinta dengan kenalan dari alam maya.
tapi kuasa Allah zetty terlanggar janji zetty
sendiri,mungkin tuela padah yang patut zetty terima.

Perkenalan zetty dengan "S" (bukan nama sebenar ) ,
memang zetty tak duga sama sekali,pada mulanya zetty tak layan 
sangat dengan si mamat nie,dia mula bagi no tel. dia,tapi zetty tak 
ambil kisah sangat pun,zetty cuma anggap dia main-main je,lagipun masa tue,
ramai juga kawan yang rapat dengan zetty,ada jugala yg memenuhi cita rasa zetty,
Dia membahasakan dirinya sebagai "Doc "zetty ingat dia masih menuntut 
dari mana-mana U,sambil berkata dalam hati,apalah mamat nie,perasaan 
gila ,tak habis belajar lagi dah perasan jadi Doc,hehehe ,sejujurnya zetty 
langsung tak buka profile Myspace dia,entahlah rasa macam tak berminat pulak 
nak berkenalan dengan dia,nak kata hensem,tak juga,mungkin manis tue ada la kot.

Lepas pada perkenalan yang singkat tue,zetty tak online dalam 2,3 hari,sebab zetty ke perak,hantar adik,sambil tue zetty pun bercuti la dengan famly kat lumut perak,
terus terang zetty memang tak ingat langsung tentang mamat tue,lepas beberapa hari diperak,zetty pun balik ke melaka,sampai tengah malam la juga,tapi disebabkan 
rindu yang membuak-buak,tengah malam tue juga zetty online.Rupa-rupanya 
ramai juga yang menanti zetty,termasukla mamat nie,masa tue zetty rasa 
"wa tinggi juga saham zetty rupanya "macam artis pun ada,maklumla ramai 
peminat,(tue ayat perasan ).terus dia tegur zetty,katanya dia rindu ,dia tanya kenapa
tak col dia,zetty bagi alasan zetty sibuk,tapi sebenarnya zetty baru je frust,takkan 
la zetty nak buka pintu hati untuk bercinta lagi,luka yang lama ambil masa yang lama untuk sembuh,waktu tue zetty macam tak percaya kat lelaki pun ada,

Kemudian dia bagi no tel. dia sekali lagi,dan dia suro col masa tue juga,
zetty ambil masa juga nak miscol dia,tapi zetty fikir-fikirkan balik,lagipun dia orang sarawak,bukannya ada kat sini,nanti kalau zetty dah tak nak layan zetty tukarla 
no fon yang baru,apa susah hehehe.tue la yang bermain difikiran zetty masa tue,
tanpa disangka malam tue juga ,si "S" col zetty,dia cakap dah lama dia tunggu 
nak bercakap dengan zetty,maka mulala dia guna ayat-ayat yang power,
dia juga cakap muka selalu hadir dalam mimpi hampir setiap malam,dia ajak 
zetty couple,tapi zetty menolak,gila ke,kenal pun tak,takkan la zetty nie bodoh sangat,
kemudia dia cerita pulak yang dia pernah putus tunang,kononnya tunang dia curang,
dan semenjak dari tue dia dah tak percaya dengan perempuan lagi,tapi setelah melihat 
zetty,semuanya berubah.tapi zetty tak terima lagi,adalah dalam 4,5,6 kali juga zetty
menolak,tapi dia semakin memaksa,dan disebabkan mengantok dan letih,zetty akhirnya
menerima dia sebagai bf zetty...............



Keesokkan harinya,barula zetty mula buka profile dia,masa tue baru zetty tahu yang dia 
tenaga pengajar dimiri,bukannya belajar .dan sebenarnya dia berasal dari Seremban je,
selepas zetty fikir masak-masak zetty rasa zetty dah tersilap buat keputusan,..
zetty col dan mintak putus ,sebab zetty rasa macam tak sesual dengan dia,tapi
mati-mati dia menolak,dia kata zetty nak permainkan perasaan dia,nak tak nak,
zetty terpaksalah meneruskan hubungan ini,sejak dari tue la zetty mula nak mengenali 
diri dia dengan lebih dekat..........






p/s : tunggu sambungan episod kedua cinta gila
dengan tajuk date pertama 

www.tips-fb.com

4 comments

  1. kersani // June 5, 2010 at 7:42 PM  

    hmm...

    persoalan.

  2. zetty edryana // June 5, 2010 at 10:08 PM  

    persoalan ape tue en kersani?????

  3. Ikmal // June 5, 2010 at 10:52 PM  

    jalan cerita yg bagus..tapi jaga ejaan ok...

  4. Ikmal // June 5, 2010 at 10:53 PM  

    penulisan yg bagus,jalan cerita yg menarik..cuma jaga pada ejaan....

    tindakan tu kn pk btul2 jng ambil tidakan ikut emosi...selamat mencoba dan terus mencoba