CINTA GILA ( EPISOD KEDUA )

Posted by zetty edryana | 10:29 PM | 0 comments »

DATE PERTAMA 



Salam hari nie zetty nak sambung episod kedua  
kisah gila antara zetty dan "S".Selepas pada hari tue
kitaorang mula mengenali dengan lebih dekat lagi,
biasa la baru nak berkenalan,mesti la masing-masing,
nak kenal hati budi masing-masing.Rupa-rupanya
kami juga berkongsi minat yang sama,iaitu sukan lumba
moto,tapi suka moto yang berkuasa tinggi,macam superbike,
apa-apa pun zetty cuma suka tengok je.....

penampilan zetty waktu pertama kali jumpa

Setelah sebulan berkenalan,S pun ajak bertemu,waktu tue,
dia pulang ke semenanjung,ada kursus kat kedah,kebetulan 
waktu tue zetty pun ada kat sana,tapi sayang zetty dah bertolak balik,
ke melaka,disebabkan hal tue,tidak dapat la kami bertemu.
2 minggu lepas tue, S ada race kat melaka,kesempatan itu,
S gunakan sebaiknya untuk bertemu zetty,tapi zetty berat hati nak
jumpa dia,sebab zetty tak kenal ,zetty takut dia buaya darat,habis 
dia ngap zetty.bahaya tue,tapi S nak jumpa juga,biasa la S memang
pandai memujuk.Dalam serba salah zetty pun ajak la kawan baik 
zetty teman ,kitaorang jumpa kat "Hotel Continental Melaka "
tempat dia menginap.

tempat pertemuan

Masa mula-mula zetty jumpa .dia memang berbeza daripada gambar,
zetty ingat dia gemuk,tapi rupa-rupanya dia kurus je,tapi zetty tak nafikan
mata dia memang cantik...lepas jumpa ,kami pergi makan di salah sebuah
restoran di bandar melaka.S sempat nyayikan beberapa buah lagu yang 
ditujukan khas untuk zetty,yang zetty ingat sampai sekarang "Permaisuri 
daripada Jayjay "S memang minat menyanyi,mungkin cita-cita nak jadi 
penyanyi tak kesampaian kot,dan tak dinafikan suara S memang sedap.

'S' bukan nama sebenar

Tapi zetty rasa mungkin dia dapat baca fikiran zetty masa tue,
dia tahu yang zetty tak suka sangat kat dia.sebab tue la dia
kutuk zetty ,ada saja yang tak kena,dalam hati zetty berkata
" Perasan bagus la mamat nie,macam la dia hensem sangat ,
baru jumpa dah nak kritik "selepas selesai makan dia hantar 
zetty balik kerumah,entah la sejak tue ,zetty rasa macam tak 
nak jumpa dia lagi,

Keesokannya zetty pergi ke litar race kat melaka,
walaupun lihat dari jauh,tapi zetty dapat melihat dunia
diorang yang penuh dengan keseronokan,yela dikelilingi
gadis-gadis litar yang seksi-seksi,,,Fuyooooooooo......
selepas habis race dia col nak jumpa lagi ,sebelum dia 
balik miri,mula tue rasa berat nak jumpa,yela semalam
dah kena kritik teruk,takkan la nak jumpa lagi....
setelah dipujuk rayu,zetty pun cair ,biasa la perempuan,
S datang jemput zetty dan kitaorang pergi makan kat 
depan dataran Alor Gajah.tapi kali nie dia ok la pulak,
tak ada la dia marah-marah macam semalam....
mungkin dia tahu zetty merajuk dengan dia.



www.tips-fb.com

0 comments