CINTA GILA (EPISOD KETIGA )

Posted by zetty edryana | 11:19 PM | 0 comments »


~BUNGA-BUNGA CINTA~

Episod ketiga ,zetty nak ceritakan macam mana zetty boleh 
jatuh cinta kat "S" .Sebulan selepas S balik ke miri,
S balik lagi ke semenanjung,dia ada pertandingan kat Adtec Melaka.
selama seminggu dia disini,masa tue zetty dapat hidu kecurangan dia
dengan" M "bukan nama sebenar.tapi S menafikan sekeras-kerasnya,
katanya dia ramai musuh,dalam selimut dan luar selimut,hehehehh
biasa la,S memang pandai bermain dengan kata-kata,sampai zetty 
pun percaya bulat-bulat ,dan M pun menarik diri.tapi sekarang
M dah berbahagia,makan nasi minyak jangan lupa jemput tau.

Time bahagia

Tue la orang tua-tua kata jangan benci kat orang,sebab 
lama-lama ,akan bertukar menjadi cinta,selama seminggu dia
kat sini,kitaorang semakin rapat,boleh kata hari-hari kitaorang 
jumpa.dan menghabiskan masa bersama.seperti berjalan-jalan 
satu melaka,tengok wayang,dan macam-macam lagi.
zetty sempat menyambut hari jadi S yang ke 27 .....
zetty ada bagi hadiah ,tapi tak tahu la dia suka atau tak.
tue je la yang zetty mampu ............

Cincin pemberian S

Selepas pada tue,setiap kali dia balik ke sini,dia tak lupa
bawa balik hadiah untuk zetty,tapi sedih juga masa hari jadi 
zetty,dia tak dapat sambut bersama,sebab dia tak dapat cuti.
tapi malam tue dia ada col dan nyanyikan satu lagu khas untuk 
zetty,tajuknya "Kekasih awal dan Akhir Jamal Abdilah"
dan dia juga menjadi orang yang terakhir ucapakan 'happy birthday"
sebab katanya "orang yang terakhir memberi ucapan akan selalu
diingati untuk selamanya.

Kad yang tak sempat zetty bagi kat "S"

Pada bulan puasa ,zetty dan "S" dapat juga beberapa kali
berbuka puasa bersama,memanglah happy,yela nak jumpa pun susah,
maklumlah cinta jarak jauh,mana boleh jumpa selalu.
kadang-kadang S nie romantik juga,ada saja kejutan untuk zetty,
antara yang zetty tak dapat lupa sampai sekarang,bila S col zetty,
bila zetty tanya kat mana ,dia kata kat miri,tapi dia ada kuasa untuk 
terbang jumpa zetty,mula-mula zetty ingat main-main,tiba-tiba zetty
ternampak kereta dia kat depan rumah,terkejut beruk zetty time tue,
rasa nak pengsan pun ada,memang betul-betul tak sangka,tapi dia
cuma senyum je tengok muka zetty pucat...kalau ingat balik memang kelakar.

hadiah yang s hadiahkan untuk zetty

Sebenarnya zetty memang kagum dengan S,sebab selama zetty kenal dia,
dia tak pernah nak ambil kesempatan,walaupun kitaorang selalu jumpa.
dia banyak bagi nasihat dan dorongan untuk berjaya dalam hidup,
dia tak nak zetty hanyut dengan keseronokan duniawi.dia juga banyak
menasihatkan zetty supaya berjimat cermat dan tahu bertapa susahnya
nak dapatkan wang..pada masa tue zetty rasa dia la idola zetty.
zetty memang hormat dia.

hadiah dari S

zetty mengaku zetty banyak uji dan buat dia marah dan cemburu,
zetty suka tengok dia cemburu,nampak  cute je.padahal apa yang
zetty cakap kat dia zetty tak buat pun.cuma zetty nak uji sejauh mana
cinta dia pada zetty.time tue hidup zetty memang happy.
terima kasih "S" sebab berjaya buat zetty happy.......

Lagu Tema Cinta 

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti





www.tips-fb.com

0 comments