MANTRA

Posted by zetty edryana | 12:53 AM | 3 comments »




FILEM          :  MANTRA

PELAKON   :  ZUL HANDYBLACK               ( MUZIR )
                        HASNUL RAHMAT                 ( HASBI )
                        HANDAN RAMLI                    ( PAK LONG / WARDEN )
                        MAS MURHARNI                    ( MARIAM )
                        BOB LOKMAN                        ( HAJI FATAH )
                        RUZAIDI ABDUL RAHMAN   ( EMBAH )
                        MARIANI                                  ( BIDAN )





Salam ,Minggu lepas zetty jalan-jalan sambil cuci mata,
terus terang zetty memang tak minat sangat filem seram-seram nie,
tambah-tambah filem malayu,bukan nak kutuk ,tapi selalunya 
filem malayu nie pelik2 cikit,kadang-kadang kelakar pun ada.

Tapi zetty filem terbitan MIG Production ,( Mantra ) lebih baik
daripada mana-mana filem seram malayu yang lain,
filem mantar juga merupakan filem yang terakhir yang memaparkan 
penjara pudu sebagai lokasi sebelum ia diroboh,




sinopsis 


Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana
dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan 
pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya 
oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. 
Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam 
daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, 
ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya 
dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. 
Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan
 juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. 



Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju 
dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah 
Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis 
hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat 
pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, 
maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah 
di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi 
dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah 
paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada 
ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam 
kesumat Muzir terhadap Hasbi.






filem mantar nie memang best...rugi kalau tak tengok,
kerana cinta,kita sanggup buat apa saja,
walaupun bertentang dengan ajaran islam

www.tips-fb.com

3 comments

  1. hani raihan // July 25, 2010 at 9:32 AM  

    cite seram ke kak?

  2. hani raihan // July 25, 2010 at 9:32 AM  

    cite seram ke kak?

  3. zetty edryana // July 25, 2010 at 12:54 PM  

    seram juga la hani...tp cite nie best juga...x mcm filem melayu yg lain,.....