Pada jam 7 malam tadi, penyanyi Achik Spin atau nama
sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari diberitakan telah meninggal dunia
dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS iaitu di
KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).
Achik Spin dalam perjalanan pulang dari bersiaran langsung
di RTM untuk program Hits1 pada petang tadi.
Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki kereta MPV Toyota Estima
dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya. Arwah tersepit
di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat
merangkak keluar dari kereta.
Jam 8 malam, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan
difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah
mengesahkan kejadian tersebut.
Vokalis Spin ini dikenali ramai dengan lagu Paling Comel berduet dengan penyanyi
sekampungnya, Siti Nordiana atau Nana. Achik Spin bernikah dengan Tasha atau nama
sebenarnya HM Rosezaitul Suriani Wati pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007,
Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Namun, anak
sulungnya itu meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama
seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.
ZETTY INGIN MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH
BUAT SELURUH FAMILY ALLAHYARHAM.
p/s : Al- Fatihah ..semoga rohnya ditempatkan dikalangan
orang-orang beriman dan beramal soleh...Nampaknya tahun 2010
menyaksikan ramai sekali insan seni yang telah meninggalkan dunia
untuk mengadap ALLAH
YANG MAHA ESA
JANGAN LUPA TENGOK RANCANGAN
JANGAN TIDO LAGI,PADA 21/4/2010
RANCANGAN TERAKHIR ACIK BERSAMA NANA...
lajunya update...
hehe!
:)
heheheh....awk shat???
alfatihah
al-fatihah...moga rohnye dicucuri rahmat...