~SELAMAT HARI AYAH~

Posted by zetty edryana | 10:23 PM | 0 comments »





tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah



abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja


abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…


kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah ku......





SELAMAT HARI BAPA 


BUAT SEMUA YANG BERGELAR BAPA ,DADY,WALID,
PAPA ,DAN BANYAK LAGI...DAN YANG PALING 
ISTIMEWA BUAT ABAH ZETTY, 
"EN RUSNAN BIN SHUIB".

Abah terima kasih atas semua kesusahan dan pengorbanan abah 
untuk membesarkan "KC " HAFIZ,ANWAR,IZZAT,MANJA,
DAN JUGA  FAIZ.Jasa mu akan kami kenang buat selamanya......






"WE LOVE U DAD"






www.tips-fb.com

~JODOH DITANGAN TUHAN~

Posted by zetty edryana | 2:29 PM | 0 comments »

~JODOH DITANGAN TUHAN~


Aku punya dunia
duniaku begini
ku punya mata
ku punya telinga


Jangan anggap ku batu
yang tanpa perasaan
melihatmu dengannya
aku panas


Ku punya dunia
duniaku begini
ku punya hati
punya perasaan

Coba raba batinku
coba tatap mataku
melihatmu dengannya
ku cemburu


Cinta mengapa harus rumit
biar begini wanita ku nanti satu
siapa dia biar hatiku yang tahu
ku pasti setia tapi nanti


Cinta bisakah jadi mudah
kau bersamanya masa aku harus diam
biar aja kita jalan masing-masing
jodoh di tangan tuhan
biar saja


Ku punya dunia
duniaku begini
ku punya hati
punya perasaan

coba raba batinku

Coba tatap mataku
melihatmu dengannya
ku cemburu





.

www.tips-fb.com

~KARNA CINTA ~

Posted by zetty edryana | 1:57 PM | 0 comments »



~KARNA CINTA ~

Tlah kutemui banyak cinta
di hati ini datang dan pergi
selimuti kisahku yg biru
yg dalam di hati


Biar kurentangkan cintaku
menariku di atas senduku
sendirinya aku tak berkasih
yg dalam di hati

Karna cinta aku jadi sepi
karna cinta aku jadi riang
karna cinta aku jadi pilu
karna cinta kini ku sendiri


karna cinta pelangiku hilang
karna cinta matahari pergi
namun ku yakin dalam hatiku
cintaku tak boleh membunuhku


Tlah kutemui banyak cinta
di hati ini datang dan pergi
selimuti kisahku yg biru
yg dalam di hati


Biar kurentangkan cintaku
menariku di atas senduku
sendirinya aku tak berkasih
yg dalam di hati






~lagu yang banyak persamaan dengan diri zetty,,,~

www.tips-fb.com

~HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD FAIZ IZZAREAL~

Posted by zetty edryana | 3:34 PM | 2 comments »



masa potong kek......
  • Tarikh  : 11 jun 2010
  • Masa   ; 3 petang waktu malaysia
  • Tempat : pantai pengkalan balak
  • Tema    :happy famly


Salam....pada tanggal 11 jun 2010 genaplah usia adik 
bongsu kesayanganku 3 tahun.Tak sangka dah besar 
rupanya.zetty ingat lagi masa dia baru lahir,zetty yang
jaga dia,mandi,pakaikan lampin,buat susu,dan macam2...

tulis apa tue???


Tapi sekarang dah besar,banyak cakap la pulak,
kadang-kadang penat nak layan kerenah dia,
hari-hari ada saja je telatah dia yang mehiburkan 
hati kami sekeluarga.

ada stail lah!!!
Ragam faiz masa merajuk


Hobi dan sikap faiz lain dari yang lain,
dia suka menyanyi ,menari dan bermain muzik,
pantang dengar lagu,semua dia tahu nyanyi...
mana la tahu besar nanti jadi penyanyi no 1 negara ke,
boleh la akak dia tumpang sekaki,hehehh



akak dia time bosan



Lagi satu faiz nie dari umur setahun dah minat dengan sukan
lumba motor,dan lumba kereta,pantang nampak kat tv,
dia la orang pertama yang tengok,masa tue jangan harap la
nak buka cerita lain.memang mengamuk la faiz.
padahal abg n akak dia tak la minat sangat,

me n faiz....tgok la muka faiz,masam je...
ada je yang tak kena tue...


Zetty pernah tanya ,"yanK besar nanti nak jadi apa,?faiz jawab 
nak jadi doktor.."mintak-mintak la impian dia jadi kenyataan...
nanti kalau zetty sakit dah ada doktor yang nak rawat.hehehhe...

~kek doraemon~

"SELAMAT HARI JADI YANK ,JANGAN NAKAL-NAKAL TAU.."




p/s :"besday zetty 8.8 nie,agak-agak ada tak yang nak sponser "heheh

www.tips-fb.com

~EPISOD AKHIR (CINTA GILA )

Posted by zetty edryana | 11:43 PM | 0 comments »

~TIPAH TERTIPU~



Episod akhir nie sedih sedikit,setelah setahun kami menjalinkan hubungan ,
tiba-tiba,tiada angin ,tiada ribut,zetty dikejutkan dengan cerita yang kurang
menyenangkan.bak kata perpatah "Kusangak panas Hingga Kepetang 
Rupanya salji Ditengah Hari "sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya
jatuh ke tanah juga.

Terbongkarnya rahsia S,zetty rasakan seperti letupan gunung berapi 
yang dasyat,terbongkarnya satu persatu rahsia S,zetty rasa macam dunia 
nie gelap ,sampai zetty tak mampu nak teruskan hidup,rupanya selama 
setahun juga zetty di perbodohkan oleh S,rupanya S pandai memutarkan 
belitkan auta,menjadi fakta,sebenarnya dah lama zetty pendam dan  hanya 
berdiam seboleh-bolehnya zetty cuba menafikan realiti.S memang pandai
bermain dengan kata-kata,dia seorang yang licik.


Apa yang S lakukan hanya zetty dan dia je yang tahu,zetty tahu dia buat 
semua nie ada sebab,tapi zetty harap S akan sedar,jangan disebabkan
kenangan silam.S Lepaskan dendam pada orang lain.tapi zetty bersyukur,
dia tak pernah apa-apa kan zetty,malah zetty ditatang bagai minyak yang 
penuh,segala masalah zetty,sakit demam dia yang bagi nasihat dan semangat,
zetty tak menyesal mengenali dia.terima kasih S,Disebabkan awk,zetty dapat
pengalaman dan pengajaran.



Dan mulai daripada malam nie,cincin pemberian S,yang selama nie zetty pakai,
akan zetty tanggalkan.selama nie cincin tue amat bermakna dan menjadi ikatan 
antara zetty dengan "S".tapi sekarang,ikatan itu telah PUTUS.


ELLA PERMATA PEMOTONG PERMATA


huu....
percayalah seluruh perbuatan
ada perasan jangan perasan
kau bisa bebas dari hukuman
kerna kau sudah kejam
semua mangsa kau
nanti takdir tuhan kaukan rasa
penangan yang padan

cinta bukannya permainan
untuk menguji kehandalan
ada tujuan hukumnya alam
segala ada pasangan

permata pemotong permata (2X)

oh percayalah segala kepuraan
tidak boleh berkekalan
kau takkan ke depan
tanpa menyinsing lengan
walau laman mu adalah kental
dengan izin tuhan kau kan dapat terbang
di dunia

permata pemotong permata

cinta bukannya permainan
untuk menguji kehandalan
ada tujuan hukumnya alam
segala ada pasanga








www.tips-fb.com

CINTA GILA (EPISOD KETIGA )

Posted by zetty edryana | 11:19 PM | 0 comments »


~BUNGA-BUNGA CINTA~

Episod ketiga ,zetty nak ceritakan macam mana zetty boleh 
jatuh cinta kat "S" .Sebulan selepas S balik ke miri,
S balik lagi ke semenanjung,dia ada pertandingan kat Adtec Melaka.
selama seminggu dia disini,masa tue zetty dapat hidu kecurangan dia
dengan" M "bukan nama sebenar.tapi S menafikan sekeras-kerasnya,
katanya dia ramai musuh,dalam selimut dan luar selimut,hehehehh
biasa la,S memang pandai bermain dengan kata-kata,sampai zetty 
pun percaya bulat-bulat ,dan M pun menarik diri.tapi sekarang
M dah berbahagia,makan nasi minyak jangan lupa jemput tau.

Time bahagia

Tue la orang tua-tua kata jangan benci kat orang,sebab 
lama-lama ,akan bertukar menjadi cinta,selama seminggu dia
kat sini,kitaorang semakin rapat,boleh kata hari-hari kitaorang 
jumpa.dan menghabiskan masa bersama.seperti berjalan-jalan 
satu melaka,tengok wayang,dan macam-macam lagi.
zetty sempat menyambut hari jadi S yang ke 27 .....
zetty ada bagi hadiah ,tapi tak tahu la dia suka atau tak.
tue je la yang zetty mampu ............

Cincin pemberian S

Selepas pada tue,setiap kali dia balik ke sini,dia tak lupa
bawa balik hadiah untuk zetty,tapi sedih juga masa hari jadi 
zetty,dia tak dapat sambut bersama,sebab dia tak dapat cuti.
tapi malam tue dia ada col dan nyanyikan satu lagu khas untuk 
zetty,tajuknya "Kekasih awal dan Akhir Jamal Abdilah"
dan dia juga menjadi orang yang terakhir ucapakan 'happy birthday"
sebab katanya "orang yang terakhir memberi ucapan akan selalu
diingati untuk selamanya.

Kad yang tak sempat zetty bagi kat "S"

Pada bulan puasa ,zetty dan "S" dapat juga beberapa kali
berbuka puasa bersama,memanglah happy,yela nak jumpa pun susah,
maklumlah cinta jarak jauh,mana boleh jumpa selalu.
kadang-kadang S nie romantik juga,ada saja kejutan untuk zetty,
antara yang zetty tak dapat lupa sampai sekarang,bila S col zetty,
bila zetty tanya kat mana ,dia kata kat miri,tapi dia ada kuasa untuk 
terbang jumpa zetty,mula-mula zetty ingat main-main,tiba-tiba zetty
ternampak kereta dia kat depan rumah,terkejut beruk zetty time tue,
rasa nak pengsan pun ada,memang betul-betul tak sangka,tapi dia
cuma senyum je tengok muka zetty pucat...kalau ingat balik memang kelakar.

hadiah yang s hadiahkan untuk zetty

Sebenarnya zetty memang kagum dengan S,sebab selama zetty kenal dia,
dia tak pernah nak ambil kesempatan,walaupun kitaorang selalu jumpa.
dia banyak bagi nasihat dan dorongan untuk berjaya dalam hidup,
dia tak nak zetty hanyut dengan keseronokan duniawi.dia juga banyak
menasihatkan zetty supaya berjimat cermat dan tahu bertapa susahnya
nak dapatkan wang..pada masa tue zetty rasa dia la idola zetty.
zetty memang hormat dia.

hadiah dari S

zetty mengaku zetty banyak uji dan buat dia marah dan cemburu,
zetty suka tengok dia cemburu,nampak  cute je.padahal apa yang
zetty cakap kat dia zetty tak buat pun.cuma zetty nak uji sejauh mana
cinta dia pada zetty.time tue hidup zetty memang happy.
terima kasih "S" sebab berjaya buat zetty happy.......

Lagu Tema Cinta 

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti





www.tips-fb.com

CINTA GILA ( EPISOD KEDUA )

Posted by zetty edryana | 10:29 PM | 0 comments »

DATE PERTAMA 



Salam hari nie zetty nak sambung episod kedua  
kisah gila antara zetty dan "S".Selepas pada hari tue
kitaorang mula mengenali dengan lebih dekat lagi,
biasa la baru nak berkenalan,mesti la masing-masing,
nak kenal hati budi masing-masing.Rupa-rupanya
kami juga berkongsi minat yang sama,iaitu sukan lumba
moto,tapi suka moto yang berkuasa tinggi,macam superbike,
apa-apa pun zetty cuma suka tengok je.....

penampilan zetty waktu pertama kali jumpa

Setelah sebulan berkenalan,S pun ajak bertemu,waktu tue,
dia pulang ke semenanjung,ada kursus kat kedah,kebetulan 
waktu tue zetty pun ada kat sana,tapi sayang zetty dah bertolak balik,
ke melaka,disebabkan hal tue,tidak dapat la kami bertemu.
2 minggu lepas tue, S ada race kat melaka,kesempatan itu,
S gunakan sebaiknya untuk bertemu zetty,tapi zetty berat hati nak
jumpa dia,sebab zetty tak kenal ,zetty takut dia buaya darat,habis 
dia ngap zetty.bahaya tue,tapi S nak jumpa juga,biasa la S memang
pandai memujuk.Dalam serba salah zetty pun ajak la kawan baik 
zetty teman ,kitaorang jumpa kat "Hotel Continental Melaka "
tempat dia menginap.

tempat pertemuan

Masa mula-mula zetty jumpa .dia memang berbeza daripada gambar,
zetty ingat dia gemuk,tapi rupa-rupanya dia kurus je,tapi zetty tak nafikan
mata dia memang cantik...lepas jumpa ,kami pergi makan di salah sebuah
restoran di bandar melaka.S sempat nyayikan beberapa buah lagu yang 
ditujukan khas untuk zetty,yang zetty ingat sampai sekarang "Permaisuri 
daripada Jayjay "S memang minat menyanyi,mungkin cita-cita nak jadi 
penyanyi tak kesampaian kot,dan tak dinafikan suara S memang sedap.

'S' bukan nama sebenar

Tapi zetty rasa mungkin dia dapat baca fikiran zetty masa tue,
dia tahu yang zetty tak suka sangat kat dia.sebab tue la dia
kutuk zetty ,ada saja yang tak kena,dalam hati zetty berkata
" Perasan bagus la mamat nie,macam la dia hensem sangat ,
baru jumpa dah nak kritik "selepas selesai makan dia hantar 
zetty balik kerumah,entah la sejak tue ,zetty rasa macam tak 
nak jumpa dia lagi,

Keesokannya zetty pergi ke litar race kat melaka,
walaupun lihat dari jauh,tapi zetty dapat melihat dunia
diorang yang penuh dengan keseronokan,yela dikelilingi
gadis-gadis litar yang seksi-seksi,,,Fuyooooooooo......
selepas habis race dia col nak jumpa lagi ,sebelum dia 
balik miri,mula tue rasa berat nak jumpa,yela semalam
dah kena kritik teruk,takkan la nak jumpa lagi....
setelah dipujuk rayu,zetty pun cair ,biasa la perempuan,
S datang jemput zetty dan kitaorang pergi makan kat 
depan dataran Alor Gajah.tapi kali nie dia ok la pulak,
tak ada la dia marah-marah macam semalam....
mungkin dia tahu zetty merajuk dengan dia.



www.tips-fb.com

~EPISOD 1 (CINTA GILA )~

Posted by zetty edryana | 4:38 PM | 4 comments »

"SALAM PERKENALAN "


Salam setiap orang mesti ada sejarah cinta tersendiri,pahit dan manis 
adalah asam garam dalam setiap perhubungan .kadang-kadang apa yang
kita impikan tak semua akan jadi kenyataan.zetty nak kongsi kan perjalanan
kisah cinta zetty,kalau difikirkan balik,kelakar pun ada.

Dulu zetty bukan jenis yang tak suka melayan internet sangat,tapi lepas zetty 
kecewa dengan seseorang ,mulalah zetty berjinak-jinak dengan dunia 
internet nie,yela buat apa kita menangisi pada perpisahan ,
biarlah dia bahagia .......



Sejak pada saat itulah zetty,kenal apa itu "Frienster","Myspace " 
dan "Facebook "mungkin dengan berchating,dan mempunyai 
ramai kawan ,mungkin zetty boleh melupakan tentang kenangan 
pahit yang pernah zetty lalui.ooo best juga dapat ramai kawan,
sekurang-kurangnya zetty dapat kenal dengan bermacam-macam 
watak manusia,tapi zetty dah berjanji dengan diri zetty sendiri,
yang zetty takkan bercinta dengan kenalan dari alam maya.
tapi kuasa Allah zetty terlanggar janji zetty
sendiri,mungkin tuela padah yang patut zetty terima.

Perkenalan zetty dengan "S" (bukan nama sebenar ) ,
memang zetty tak duga sama sekali,pada mulanya zetty tak layan 
sangat dengan si mamat nie,dia mula bagi no tel. dia,tapi zetty tak 
ambil kisah sangat pun,zetty cuma anggap dia main-main je,lagipun masa tue,
ramai juga kawan yang rapat dengan zetty,ada jugala yg memenuhi cita rasa zetty,
Dia membahasakan dirinya sebagai "Doc "zetty ingat dia masih menuntut 
dari mana-mana U,sambil berkata dalam hati,apalah mamat nie,perasaan 
gila ,tak habis belajar lagi dah perasan jadi Doc,hehehe ,sejujurnya zetty 
langsung tak buka profile Myspace dia,entahlah rasa macam tak berminat pulak 
nak berkenalan dengan dia,nak kata hensem,tak juga,mungkin manis tue ada la kot.

Lepas pada perkenalan yang singkat tue,zetty tak online dalam 2,3 hari,sebab zetty ke perak,hantar adik,sambil tue zetty pun bercuti la dengan famly kat lumut perak,
terus terang zetty memang tak ingat langsung tentang mamat tue,lepas beberapa hari diperak,zetty pun balik ke melaka,sampai tengah malam la juga,tapi disebabkan 
rindu yang membuak-buak,tengah malam tue juga zetty online.Rupa-rupanya 
ramai juga yang menanti zetty,termasukla mamat nie,masa tue zetty rasa 
"wa tinggi juga saham zetty rupanya "macam artis pun ada,maklumla ramai 
peminat,(tue ayat perasan ).terus dia tegur zetty,katanya dia rindu ,dia tanya kenapa
tak col dia,zetty bagi alasan zetty sibuk,tapi sebenarnya zetty baru je frust,takkan 
la zetty nak buka pintu hati untuk bercinta lagi,luka yang lama ambil masa yang lama untuk sembuh,waktu tue zetty macam tak percaya kat lelaki pun ada,

Kemudian dia bagi no tel. dia sekali lagi,dan dia suro col masa tue juga,
zetty ambil masa juga nak miscol dia,tapi zetty fikir-fikirkan balik,lagipun dia orang sarawak,bukannya ada kat sini,nanti kalau zetty dah tak nak layan zetty tukarla 
no fon yang baru,apa susah hehehe.tue la yang bermain difikiran zetty masa tue,
tanpa disangka malam tue juga ,si "S" col zetty,dia cakap dah lama dia tunggu 
nak bercakap dengan zetty,maka mulala dia guna ayat-ayat yang power,
dia juga cakap muka selalu hadir dalam mimpi hampir setiap malam,dia ajak 
zetty couple,tapi zetty menolak,gila ke,kenal pun tak,takkan la zetty nie bodoh sangat,
kemudia dia cerita pulak yang dia pernah putus tunang,kononnya tunang dia curang,
dan semenjak dari tue dia dah tak percaya dengan perempuan lagi,tapi setelah melihat 
zetty,semuanya berubah.tapi zetty tak terima lagi,adalah dalam 4,5,6 kali juga zetty
menolak,tapi dia semakin memaksa,dan disebabkan mengantok dan letih,zetty akhirnya
menerima dia sebagai bf zetty...............



Keesokkan harinya,barula zetty mula buka profile dia,masa tue baru zetty tahu yang dia 
tenaga pengajar dimiri,bukannya belajar .dan sebenarnya dia berasal dari Seremban je,
selepas zetty fikir masak-masak zetty rasa zetty dah tersilap buat keputusan,..
zetty col dan mintak putus ,sebab zetty rasa macam tak sesual dengan dia,tapi
mati-mati dia menolak,dia kata zetty nak permainkan perasaan dia,nak tak nak,
zetty terpaksalah meneruskan hubungan ini,sejak dari tue la zetty mula nak mengenali 
diri dia dengan lebih dekat..........






p/s : tunggu sambungan episod kedua cinta gila
dengan tajuk date pertama 

www.tips-fb.com

~LAGENDA BUDAK SETAN ~

Posted by zetty edryana | 2:49 AM | 0 comments »




Salam,ramai yang kata karya filem melayu,banyak tak bermutu,
tapi bagi diri zetty,sebenarnya kata-kata tersebut adalah salah sama sekali,
bak kata orang dulu-dulu,"Tak Kenal Maka Tak Cinta "

Akhirnya selama 25 tahun ,penantian "Ahadiat Akasha "sampai juga ke penghujungnya,
apabila novel terlarisnya "Lagenda Anak Setan " (LBS ) .Bagi generasi-generasi sekarang,
(macam zetty dah tua la pulak ) mesti tak tahu pasal Novel Legenda Anak Setan yang 
popular pada pertengahan tahun 90an kan...Zetty memang pengemar Novel,dan zetty salah
seorang  peminat "Ahadiat Akasha " .zetty memang kagun cara penulisan dia memang best.
bayangkan minda dan jiwa ,bila disuntik feeling romantik dan jiwang melalui pembacaan karya
cinta remaja agung ,dan membuatkan zetty kekal jiwang sampai ke hari nie.....hehhehe,....
(jiwang ke zetty nie....heheheh )



Mula-mula zetty tengok trailer filem nie kat tv,memang superb la traler dia,ini membuatkan 
zetty terfikir mungkin trailer filem"Lagenda Anak Setan "adalah trailer filem melayu yang best,
zetty tengok angle camera pun cool je,...Tapi yang paling zetty suka bila ada pelakon kegemaran 
zetty dalam filem nie,iaitu Lisa Surihani (ayu ) dan Farid Kamil ( kasyah ) .diorang memang 
berbakat besar,lakonan diorang memang menjadi.Pelakon lain yang ada dalam filem nie 
adalah Ogy Ahmad Daud (Mak Kasyah )Que Haidar  dan fazura ( Katerina ).



Zetty cerita sedikit sinopsis filem nie,Lagenda Anak Setan mengisahkan cinta suci Kasyah 
dan Ayu ,percintaan dua insan ini penuh ranjau dan duri walaupun saling mencintai,badai melanda 
apabila Ayu memungkiri janji untuk menanti kepulangan Kasyah apabila dia berkahwin dengan 
bekas kekasihnya, Azmi setelah didesak oleh ibunya.

Tapi ternyata Ayu tidak bahagia kerana dia tidak lagi menyintai Azmi memandangkan bekas 
kekasihnya itu pernah berlaku curang .Walupun benci ,Ayu cuba menyulam rasa sayang kepada
Azmi kerana lelaki tersebut telah menjadi suaminya,namun Azmi juga cemburu dengan Ayu 
kerana dia sedar hakikat yang sebenar.Selepas bergaduh besar dengan Azmi,Ayu terlibat dengan
kemalangan .Bermula saat itu,Ayu hilang bergitu sahaja.Kasyah pula bersedih apabila mendapat
tahu Ayu sudah menjadi milik orang lain.


"CINTA ADALAH KETIKA DIA MULA MENCINTAI ORANG LAIN DAN KAMU 
MASIH BISA TERSENYUM SAMBIL BERKATA 
"AKU TURUT BERBAHAGIA UNTUK KAMU"











~paling best masa scene kat pokok atas bukitdan sampai ke rumah kat paya bakau
macam nie la baru orang tertarik nak tengok filem kat pangung nnti,,,
tapi filem Lagenda Anak Setan memang best~,

www.tips-fb.com