~CARA MENCARI KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN~

Posted by zetty edryana | 4:43 PM | 5 comments »


Hmmmmmmmm...kadang-kadang zetty tak faham dengan hidup zetty sendiri,
malang sering datang dalam hidup zetty,mungkin zetty rasa zetty tak bertuah 
didunia nie,tengok kawan-kawan zetty semua bahagia,seronok je tengok diaorang,
tapi zetty,hmmmm entah la nak cakap pun susah,mungkin satu hari nanti mentari akan menjelma???
biarlah masa yang menentukan..

senyum-senyum selalu

Betul cakap orang,kalau kita ada masaalah,kita kena luahkan,cuma cara je yang berbeza,
adik zetty ajak g karaoke,zetty kata " buat apa ,lagi pun suara aku bukannya sedap pun",
tapi dia kata,"tak salah,hanya untuk melontarkan suara,walaupun tak sedap,sekurang-kurangnyadapat  mengurangkan tekanan.".zetty fikir-fikir balik,ok juga cadangan tue,mana la tahu lepas nie zetty boleh mencuba bakat kat af ke....mentor ke....dan rancangan rialiti yang lain.
KENAPE TAK PERCAYE KE????heheheh

agak-agak lagu apa la yang zetty nyanyi masa nie???

Baru hari nie zetty tahu maksud "KARAOKE "
'perkataan karaoke berasal dari jepun yang membawa maksud " Lagu tanpa Suara "
ia adalah sejenis hiburan interaktif yang memerlukan seseorang untuk menyayi mengunakan 
alat pembesar suara.selalunya muzik yang dimainkan merupakan lagu-lagu yang terkenal
yang menjadi siulan masa kini.Di Malaysia karaoke kini bukan saja menjadi aktiviti remaja
malah ramai diantara bintang muda kini digilap melalui cara sebegini.jom la kita sama-sama 
pergi karaoke,

pasangan sehati sejiwa

Setelah karaoke baru la zetty rasa lega dan tenang,semua masalah zetty sampaikan melalui lagu,biarlah orang nak kata sedap ke tak,yang penting zetty puas,tapi tak dinafikan juga,selepas zetty nyanyi dua,tiga lagu,hujan lebat membasahi bumi melaka...apa-apa pun sejuk la sikit malam tue.hehehe orang melaka patut ucap terima kasih kat zetty tau..

sory la dah habis,lupa pulak nak ajak..

Lepas karaoke kitaorang pergi makan,makan pun salah satu terapi untuk lepaskan perasaan.banyak juga la yang zetty makan malam tue,lepas nie nak kena diet balik kot.
tapi sekarang zetty dah tak nak fikir pasal orang lain,bagi zetty diri zetty lagi berharga daripada segalanya.yang penting kita enjoy...........








~Makan,makan juga,tapi lepas nie kenalah diet balik....~

www.tips-fb.com

~PRINCE OF PERSIA : THE SANDS OF TIME~

Posted by zetty edryana | 3:24 PM | 0 comments »


PRINCE OF PERSIA : THE SANDS OF TIME


Pelakon Utama   : Gemma Arterton ,Jake Gyillenhaal
Pengarah             : Mike Newell
Genre                  : Aksi & Pengembaraan

Filem yang penuh dengan cabaran ini,memang best dan sesiapa
yang tak tengok memang rugi,filem ini berlatar belakangkan abad 
ke 9,semasa zaman pemerintahan parsi,ia mengisahkan tentang seorang
putera raja,Prince dastan yang mengembara berjuang bersama Princess Tamana
dalam menegakkan Keadilan setelah dituduh membunuh ayahnya sendiri,


Dalam masa yang sama Prince Dastan mengembara bagi mencari artifak 
berbahaya iaitu "Sand Of Time,yang boleh menghentikan masa,dan mengembalikan masa...
Artifak ini adalah kunci pemerintahan bagi sesebuah negara,tapi malangnya ia telah,
berjaya merampas oleh pihak musuh,dan disebab itulah meraka terapksa mendapatkan
kembali artifak tersebut bagi mengelakkan dunia terus hancur dek kuasa jahat...


bagi zetty part yang paling best,masa Princess Tamina dan Dastin mula meluahkan 
rasa cinta,masa tue juga la air mata zetty mengalir,sedih sangat-sangat,zetty terbayang 
macam manalah kalau zetty dalam situasi macam tue,terpaksa berpisahkan dengan 
orang yang kita cinta,mesti sedih kan....jiwang juga kan zetty nie......
tapi apa-apa pun,filem nie memang best,rasa macam nak tgok lagi .huhuhu.
tapi bagi sesiapa yang tak tgok lagi,pergi la tengok,memang takkan menyesal.
percayalah...........







~Cinta Memerlukan pengorbanan,
Cinta juga tak semestinya memiliki~

www.tips-fb.com

~KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN~

Posted by zetty edryana | 3:58 PM | 2 comments »





Lagu yang semakin hari semakin buat zetty jatuh cinta,
lirik lagu ini mcm ada kena mengena dengan kisah zetty,
walau apa yang berlaku,zetty percaya mungkin
ada hikmah disebalik apa yang berlaku.


LIRIK

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang


Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan


Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan





www.tips-fb.com

~BENCI BILANG CINTA ~

Posted by zetty edryana | 3:26 PM | 0 comments »


Salam....dah lama rasanya zetty tak update blog,
entahla kebelakangan nie zetty rasa macam tak ada mood 
pulak nak online,banyak betul benda yang jadi kat diri zetty.
tapi apa-apa yang terjadi,mesti ada hikmah disebaliknya.

Lepas balik kerja,zetty pun layan sinetron Benci Bilang Cinta,
dekat astro ria. .....dulu kalau balik kerja zetty layan Adamaya,
mula-mula tengok cerita nie,zetty dah mula jatuh cinta,
jalan cerita nie memang ade kelakar,sedih,romantik,dan macam-macam lagi..

Drama bersiri indonesia" Benci Bilang Cinta "ini merupakan salah satu yang
paling popular di indonesia...sesiapa yang tak tengok memang rugi..
drama nie dibintangi oleh Baim Wong sebagai Dimas, dalam drama ini
dan Marshanda Sebagai Winda.selain itu meraka turut dibantu oleh Rio Riefan(Aditya )
Kirana Lastari (Claudia )Umar Lubis (Darian Subekti )Marini Burhan (Rahmayani Subekti )
Ana Pinem (Susi Gunawan )Yadi Timo(Kuncoro Gunawan ) dan ramai lagi....



Berikut adalah sinopsis Benci Bilang Cinta :

Kedatangan dimas disambut meriah oleh para mahasiswa baru dikampus
Dimas Subekti pewaris Bagio Group yang sangat berkuasa harus menikahi
seorang gadis miskin, tapi manis dan polos, bernama Winda. 
Hal in karena dia harus memenuhi amanat dan perjanjian antara almarhum
Jendral Subagio Subekti puluhan tahun dulu dengan ayahnya Kuncoro kakek Winda. 
Dimas sendiri sebenarnya sudah mempunyai tambatan hati bernama Claudia 
seorang yang bercita-cita menjadi pemain biola professional, yang rela meninggalkan 
Dimas untuk mengejar cita-cita di sekolah muzik.

Sementara itu ada seseorang bernama Aditia yang sebenarnya pewaris utama Bagio Group. 
Aditia adalah anak dari putra pertama Subagio bernama Darmawan Subekti dengan Anyelir. 
Tapi ketika Darmawan meninggal Anyelir dan Aditia disuruh meninggalkan Indonesia karena 
Subagio mengetahui kalau Anyelir pernah selingkuh dengan Darian adiknya Darmawan. 
Setelah 15 tahun tinggal di luar negara Aditia pulang ke Indonesia karena Anyelir ingin 
mengembalikan Aditia sebagai pewaris Bagio Group. Aditia sendiri tumbuh menjadi anak 
yang baik yang sebenarnya tidak terlalu memikirkan untuk kembali diakui keluarga Subagyo.





Subagio sendiri sebenarnya mengakui kalau Aditia itu memang cucu kandungnya maka dalam 
wasiatnya nama Aditia tetap dia cantumkan.Waktu pulang ke Indonesia Aditia bertemu dengan 
Winda di-kampus dimana mereka sama-sama kuliah. Mereka kemudian jadi teman baik.

Setelah menikah dengan Dimas, ternyata Winda benar-benar kesulitan untuk menyusuaikan 
diri dengan pola kehidupan keluarga besar Subagyo. Walaupun selalu ada yang melayani, 
Winda merasa kesepian di rumah mewah ini karena dia jauh dari keluarganya. 
Hanya Aditia yang membuat dia terhibur dengan sering menemaninya. 
Aditia sendiri sebenarnya mempunyai perasaan khusus terhadap Winda, 
dan Winda sendiri pernah cakap kalau seandainya dia lebih dahulu ketemu dengan 
Aditia mungkin dia akan jatuh cinta padanya.

Sementara itu Claudia merasa menyesal mendengar perkawinan Dimas dengan Winda, 
ia akhirnya membatalkan biasiswanya dan kembai ke Indonesia untuk mendapatkan kembali 
hati Dimas. Dan Anyelir yang juga telah kembali ke Indonesia memulai rancangan dengan 
memanfaatkan rasa penyesalannya. Rahmayani karena telah memaksa Anyelir dan Aditia 
meninggalkan keluarga Subekti. Aditya sendiri juga mulai berpikir untuk mendapatkan 
kembali pengakuan keluarga Subagio karena menginginkan Winda yang dilihatnya 
selalu disia-siakan Dimas....





Mulai hari nie,zetty nak couple dengan Baim Wong...agak-agak sesuai ke?? 
  

www.tips-fb.com

~LAGU YANG SESUAI UNTUKMU~

Posted by zetty edryana | 12:36 AM | 7 comments »


Lirik Lagu Ular - Anita Sarawak


Lyrics / Lirik Ular :


Hey Setan
Kelak kau sangka ku dangkal
Dipatuk kali kedua pun bebal
Selepas kau cabul kepercayaan ku
Bersalam pun jari dihitung

Usahlah disangka ku ikut saja
Dah perit kecewa diperdaya
Pujuk rayumu telah ku nan jelik
Pasti merangkul anugerah pelakon terbaik

Kini ku pasti takkan percaya lagi
Setuju kanan tapi kau pergi kiri
Ada-ada saja alasan didengar
Oh semua kata-kata
Putar belit macam ular ssss

Chop!

Banyak dah kau minta ku lupakan
Ku hampir gila tapi masih siuman
helah barumu tutup helah lalu
Macam lah ku bodoh tak tahu

Memang dah agak dari dulu lagi
gerak gerimu timbulkan sangsi
Sepandai-pandai ular menjalar
Akhirnya masuk dalam guni ubat* juga

Biarkanlah kesilapan
menjadi pengajaran
Sekiranya pengalaman
lebih matang dan
ku berwaspada

Auta ye








www.tips-fb.com

~DENDAM SEORANG PEREMPUAN~

Posted by zetty edryana | 12:04 AM | 10 comments »




"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat."


Adakah korang setuju dengan ungkapan diatas???
bagi zetty la ,zetty setuju sangat tiada apa yang salah dan tiada
sebarang keraguan walau sedikitpun.itupun secara teorinya....
Norma masyarakat kita hari nie,senang sangat untuk menghukum
dari mempertimbangkan ataupun memaafkan,

"Sejuta kebaikan yang dilakukan selama seratus tahun bisa hilang dengan satu
kesilapan yang bisa dilakukan untuk cuma satu minit."




kamu pernah dikianati cinta???zetty percaya mesti semua pernah rasa,
wanita sememangnya ingin dirinya dicintai dan dihargai,apatah lagi
mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya.
lebih-lebih lagi dari insan tersayang,mesti kita ingin jadi wanita 
pertama dalam hidupnya...bukannya berada ditangga kedua,ketiga
dan seterusnya.sekali cinta diduakan ,tiada maaf untuk selamanya.

Bayangkah lah setahun melayari alam percintaan,tapi tiba-tiba
kita dikejutkan oleh berita yang menyakitkan dan hampir mendapat
serangan jantung.apa kita nak buat kalau kita dapat tahu yang bf 
yang paling percaya main kayu 3 di blkg kita???
padahal selama nie kita ikut segala kata-kata dia,walaupun
zetty tak terima sepenuhnya,tapi disebabkan syg zetty ikut je...
walaupun dia mengawal hidup dengan cara menyekat circle of friends zetty,
zetty turut kan saja segala permintaan dia,hingga ke satu saat zetty elakkan 
untuk keluar dengan kawan-kawan seperti main boling,tengok wayang
dan makan2,,,zetty tak nak kitaorang bergaduh disebabkan hal yang kecik nie.


walaupun kadang2 dia sibuk ,tapi zetty faham dan hormat kerjayanya,
kadang2 tue memanglah zetty terasa,dan sunyi,tapi nak buat macam mana,
dah namapun kerja,dah la dia jauh,nak jumpa pun susah....
tapi zetty tak kisah sangat la "Betul kata orang tua2,ikut hati mati,sekarang 
zetty kena fokos satu-satubenda sebelum zetty nak fikir benda-benda lain ,
benda2 yang memeningkan kepala seperti itu,rasanya tak perlu fikir lagi ,
nnti kalau dilayan pun buat panjang cerita je,macamlah zetty tak ada kerja lain nak buat.....

Tapi zetty betul-betul tak sangka,apa yang zetty dah korbankan selama nie,
langsung dia tak hargai,terbaru zetty dapat tahu,rupanya dia ade ramai gf di belakang
zetty,zetty dapat tahu pun daripada kawan-kawan yang pernah menjadi mangsa dia.
memang zetty tak sangka,dia yang selama nie zetty angap macam idola zetty,
rupanya lebih dasyat daripada...........entahlah susah zetty nak cakap.....
sakit memang sakit,ikutkan hati memang zetty berdendam dengan dia.
sebab setahun dia menipu zetty....


zetty tak nak kata dendam tue bagus,atau satu sifat mulia yang patut diamalkan,
mungkin ada yang tak setuju,dengan tindakan zetty,tapi kadang-kadang
sedikit dendam perlu juga supaya kita,naik semangat dan fokus apa yang 
kita sebenranya nak dan tak pernah terfikir pun sebelum nie.
zetty rasa orang yang macam  nie perlu diberi pengajaran.atas tingkah lakunya
yang kurang ajar,cara percakapan ibarat Longkang di Chow Kit atau dia
memang jenis yang perlu disound dengan cara bergitu....
disebabkan perbuatannya lah zetty menjadi tidak percaya kepada semua orang.
zetty rasa semua lelaki cuma nak ambil kesempatan je atas kelemahan kaum wanita.

jangan kamu sangka semua lelaki adalah khalifah dan pembimbing kaum wanita,
tidak ada khalifah yang jahil ...Ada,dan banyak pulak kuantitinya!!!!!!!!!
percayalah....kamu harus tinggalkan fasa sedih untuk kamu menemui satu fasa 
kebahagian,bertahan selagi termampu,tapi sentiasa ingat ada orang lain yang
mungkin jauh tapi menghargai kamu,lebih dari segalanya....

zetty ada teringat satu perpatah china yang menyebut



"Bila kamu hilang sesuatu yang kamu sayang, atau cinta, ia hilang dan pergi bersama nasib yang buruk... Jadi jangan terlalu bersedih atas kehilangan itu"...

(。♥‿♥。)





Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suka,
Kerana Orang Yang Kita Suka
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...
Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat......









"JanganTerlalu Mengharapkan Sesuatu Yang Mungkin Atau Tak Mungkin Terjadi"!


www.tips-fb.com

~BERSANTAI BERSAMA IRON MAN 2 ~

Posted by zetty edryana | 11:17 PM | 4 comments »



HARI           SABTU PETANG
MASA         6.15 - 8.30 MALAM
TARIKH     8 MEI 2010
TEMPAT    DATARAN PAHLAWAN MELAKA .




    Selamat malam dan Selamat hari ibu ....
    semalam zetty sempat pg tgok filem Iron Man 2 
    kat dataran pahlawan melaka...mula2 ingatkan penuh,
    tapi yang best nye dalam tue cuma ade 6 orang je.,...
    best juga tgok tak ramai orang nie.......hehehhe

    ok la zetty cerita la sikit tentang sinopsis cerita nie,
    iron man 2 kali nie mgisahkan tentang Tony Stark yang
    telah mengumumkan kepada khayak ramai yang dia adalah Iron man.
    Tony Stark juga telah didesak oleh kerajaan Amerika untuk menyerahkan
    sut kuasa itu...



    watak jahat dalam filem ini pulak ialah Ivan Vanko A.k.a Whiplash
    yang juga mempunyai arc seperti Tony Stark dan senjata seperti cemeti 
    yang berkuasa elektrik .watak rakan Tony Stark ,Jim Rhodes ,telah dilakonkan 
    oleh pelakon lain.bukan pelakon filem yang lama tau,Overall.



    tapi Iron man 2 nie tak sehebat filemnya yang pertama,aksinya agak kurang.
    terlalu banyak dialog antara pelakon ,zetty pun sampai mgantok dalam wayang..hehhe
    pelakon baru yang melakonkan watak rakan Tony tidak mempunyai Sense of humour
    seperti pelakon yang lama.tapi credit to Robert downey jr,sebab membawa watak 
    Tony Stark yang nak mati tapi degil....dengan baik sekali...lawak muka selambar dia 
    memang menjadi....



    Ynag best bagi zetty la,dalam filem ini ialah Suitcase Tony yang boleh transform
    jadi sut Iron man dia.memang awesome ...dan satu lagi Scarlett Johansson in Leather Suit.
    weehuu!!! zetty rasa ramai lelaki yang tengok Iron man memang tertunggu2 
    kemunculan Scarlett..hhehehehhe





    kepada yang belum tengok lagi,tengokla.tak rugi ape pun....kalau nak murah tengok la 
    hari rabu,murah cikit....hehehhe..kalau dah tengok Iron man 1.mesti nak tengok Iron man 2 kan...
    cuma expectation tinggi yang korang harapkan untuk sekuel Iron man ini MUNGKIN TAK SAMPAI dari 10 bintang zetty bagi 5 bintang je......





    p/s - lepas nie zetty nak tgok filem Ip man pulak,
    ramai yang kata filem tue best....sape nak tengok
    jom kita tengok same2....huhuhu

    www.tips-fb.com