~NOKTAH CINTA~

Posted by zetty edryana | 9:14 PM | 1 comments »


Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya









www.tips-fb.com

~VIRUS DI FACEBOOK..HATI-HATI~

Posted by zetty edryana | 9:56 PM | 1 comments »




Contoh virus yang sedang menular itu "facebook antivirus"


Salam semua,sedarkah korang bahawa virus sedang mengular ketika kita sedang asyik melayan  FB????
nama  kita akan ditag,kalau korang nak tahu,zetty pernah kena virus macam nie,
masa tue semua gambar zetty di tag,dan siap dengan kata-kata yang memalukan zetty...
masa tue memang zetty malu gila,yela tiba2 je semua gambar zetty di tag kat orang yang zetty
tak kenal.....kalau jadi kat korang,apa  korang nak buat????


ok la..zetty ada cara untuk mengatasinya adalah dengan cara ,jikalau nama korang 
di tag,maka cepat-cepat lah korang remove tag tersebut....
dan lagi satu,jangan la selalu mencuba application yang ada banyak dalam fb nie ok......~





~RENUNGKAN DAN SELAAMT BERAMAL~

www.tips-fb.com

~DITERJAH OLEH ADIKKU SENDIRI~

Posted by zetty edryana | 10:27 PM | 5 comments »



Hai selamat malam...hari nie zetty tak tahu nak buat ape,
so zetty pun nak jawab tag yang telah dibuat oleh adikku sendiri iaitu admirul hafiz
so dengan rasa tanggungjawab seorang akak dengan besar hati dan rela hati,
menjawab dengan ikhlas dan jujur,soalan-soalannya adalah seperti berikut....
layannnnnnnnnnn....................

1)Siapakah diri saudari dirumah?
emmm zetty dirumah ,pertama mestilah penghuni tetap rumah tersebut...
dan penghuni setia bilik tengah,kedua zetty adalah seorang kakak sulung 
kepada 5 orang adik yang boleh tahan la nakal n gedik2....terutama yang no 2...hehehehe

2)Siapakah saudari disamping kawan?
pertama semestinya zetty adalah salah seorang kawan dan sahabat kepada mereka,
kalau nak tahu zetty adalah seorang kawan yang setia,atau lebih senang disebut setia kawan,
mungkin bagi yang kurang mengenali zetty,mereka mengagap zetty sombong,
tapi yang sebenarnya hanya Allah yang tahu zetty terlalu baik hati.....
kadang-kadang ade juga yang ambil kesempatan di atas kekurangan diri zetty.
kalau nak tahu zetty macam mana??/cubalah kawan dengan zetty....
pasti anda takkan menyesal.....(gediknya ayat......)

3) 5 perkara yang anda idamkan yang belum tercapai???
  • zetty nak bina sebuah rumah yang selesa untuk family  zetty yela diorang dah banyak berkorban untuk zetty,nasib baik diaorang tak buang zetty dalam tong sampah..hehehe
  • zetty nak hantar kedua ibu bapa zetty menunaikan ibadah haji n umrah.
  • zetty nak kawin n honeymoon dan punya family yang besar....best2...tue pun kalau ada jodoh....moga kekal hingga ke akhir hayat....
  • melancong mengelilingi ke Eropah,London,Paris dan Itali...dah lama zetty mengidam kalau la jadi kenyataan,alangkah bestnya hidup.....
  • zetty nak ambil bahagian dalam keja-keja amal,membantu anak-anak yatim,bayi-bayi yang terbuang,dan orang-orang miskin yang memerlukan bantuan.InsyaAllah......


4)Siapakah nama pasangan saudari?
setakat nie zetty belum jumpa lagi insan yang benar-benar menyintai diri zetty,
mungkin akan datang kot....kalau ada jodoh ada lah....kalau tak ada .........Allah
yang menentukan segalanya...

5)Ceritakan 5 perkara yang saudari suka tentang pasangan saudari??
seandainya zetty temui insan yang bertuah tue,zetty harap sangat.....
  • Dia menghargai diri zetty,dan terima diri zetty seadanya.
  • Dia mestilah selalu col dan mesej zetty,ambil berat tentang diri zetty walaupun sesibuk           mana sekali pun....
  • Biarlah dia seorang yang bersedarhana dari segala hal.
  • Tidak panas baran...Cemburu yang bertempat.
  • zetty suka kalau pasangan zetty seorang yang pandai masak....boleh la dia tlong masak untuk zetty kalau zetty letih...bila la zetty nak jumpa lelaki  macam nie.....mesti bahagia hidup zetty.....


Bila Tarikh saudari couple?
~coming soon...~

7)Apakah pengalaman pahit saudari bersama beliau?
Yang nie susah pulak zetty nak jawab....kita g ke soalan seterusnya la...
ok....

8)Lagu tema cinta saudari?
lagu cinta dulu time couple yang lepas-lepas ade la...
  • Benar-benar adam
  • Tanpa-sixth sense

9)Apa perubahan yang dilihat pada pasangan ?
emmmmmmmmmm....malas la nak fikir,kalau fikir boleh buat
sakit hati......

10)10 rakan yang anda mahu interview
  • -kersani
  • -Dr nick
  • -halwa iman
  • -hani raihan

cukup la tue kot..ramai-ramai nanti bukan diorang nak jawab pun....
hehehehhe  (。◕‿◕。)









www.tips-fb.com

~chatting ibarat bercinta dengan hantu~

Posted by zetty edryana | 9:42 PM | 4 comments »


Hai you all!!!zetty rasa topik yang zetty nak ketengahkan 
dah selalu sangat you all dengar,baca ,lihat dan mungkin juga 
alaminya sendiri,iaitu jadi mangsa kenalan internet.tapi zetty rasa
 ramai lagi yang tak serik-serik dan berani mati dan percaya 
bulat-bulat pada kenalan internet yang akhirnya beri padah 
pada diri sendiri.bukannya zetty tak sokong you  all berkenalan 
melalui internet nie...teruskan usaha you  all tue kalau ianya untuk kebaikan....
zetty pun sama juga,tak terlepas daripada kenalan melalui internet nie....
tapi kalau ade yang mula menabur janji.bulan bintang yang agak-agak 
sukar untuk dicapai tue,zetty rasa lebih baik berhati-hati...hahahah tentu 
ada udang disebalik mee.....

bukannya apa,kenalan alam maya nie boleh datang dari mana-mana sahaja,
dan siapa sahaja yang kita sendiri tak ketahui latar belakangnya,
jujur ke dia???baik ke dia???atau mungkin juga perogol bersiri,
mahupun seorang penjenayah yang memang sengaja menjadikan internet
sebagai port untuk dapatkan mangsa....zetty memang tak puas hati 
dengan setengah individu yang menjadikan internet sebagai port untuk
buat keje-keje tak berfaedah nie.

baru-baru nie kawan zetty pun turut terjerat dengan dengan
janji-janji manis sang lelaki,padahnya kerana syok melayan bf sibernya,
pelajaran terabai,duit pinjaman belajarnya habis disalurkan
 kepada bf nya,entah la hantu apa yang merasuk,zetty pun dah faham,
dah la tak pernah jumpa,apa lagi nak kenal mesra,tapi member
 zetty nie senang-senang je nak percaya bulat-bulat,sudahnya
 bila dah tak ade duit,bfnya tinggalkannya bergitu sahaja.
nak buat apa lagi,nak cari memang tak kan jumpa punya,
sudahnya meraung sendiri, tak dapat den nak nolongnya...........


ada satu lagi kes,bukan setakat duit habis je,tapi kalau dah sampai
kes rogol sape yang susah,haaaaaaaa.....tentu diri sendiri kan???
betul tak tak salah kalau nak jumpa dengan bf siber nie,tapi bawalah 
member 2,3 orang kalau bf siber tue benar-benar ikhlas tentu tak 
jadi masalah nak jumpa you all....tapi kalau dia tak nak jumpa dengan
seribu 1alasan,haaa mesti
ade udang disebalik mee udang banjir...



nasihat zetty lupakanlah "ayat power "dan janji bulan bintang bf siber nie...
sebab diorang memang dah dilatih diri untuk lebih bijak gunakan ayat-ayat 
power nie untuk cairkan hati kaum hawa,dan sah-sah untuk 
menipu percayalah..tak ramai kenalan siber nie benar-benar
jujur dan ikhlas,kalau ade pun jumlahnya boleh di bilang oleh jari.....


memang ada kes cinta siber sampai berkahwin,tahniah zetty ucapakan,
tapi itu yang bernasib baik,tapi kalau sebaliknya tak ke haru biru,
apa pun kalau just nak berkawan tak salah,tapi kalau nak bercinta kenalah berhati-hati,
bukan ape bahaya....Emmm nk percaya sangat tak boleh,tak percaya pun tak boleh juga,
sebabnya yang terpedaya dan tertipu memang ramai,dan yang berakhir ke jinjang pelamin pun ramai.
pendek kata,ikitlah kehendak hati,itu pendek kata la......tapi kalau ikut panjang kata,,,,,,"
lu fikir la sendiri....apa aku kesah..........

cinta pada dunia chating buruk sekali,seolah-olah bercinta dengan hantu,
ada tapi tak nampak,hanya pertemuan yang memungkinkan status ini terangkat
tapi kalau dah berjumpa itu nanti lain pulak ceritanya.
apa-apa pun tak ade sesiapa yang boleh menglang atau memaksa korang.








~sesiapa yang ada facebook add la zetty....huhuhu~


www.tips-fb.com

~Best ke samseng jalanan V3 ????~

Posted by zetty edryana | 10:51 PM | 9 comments »




lokasi: Dataran Pahlawan Melaka
tarikh: 21 .Mac 2010 ( Ahad )
filem : Samseng Jalanan V3...

Hari minggu yang lepas,zetty  pergi jalan-jalan kat Jaya Jusco Melaka,
untuk hilangkan rasa bosan yang amat sangat,ingat nak beli baju,
tapi tak jumpa pulak yang berkenan dihati......huhuhu



sambil jalan-jalan ,zetty pun pergila tengok wayang kejap.
dan cerita yang tengah on air masa tue ialah Samseng Jalanan V3 {18 PL }
nasib baik la zetty cukup umur,boleh juga masuk.....huhuhu

tak tahu la apa motif paparazi nie......



kalau korang nak tengok macam mana filem olahan Farid Kamil,(Orang kampung zetty tue)
pergilah tengok cerita Samseng jalanan V3 nie....boleh la layan......
lagipun nie arahan pertama Farid Kamil....mestila ade sedikit sebanyak kekurangannya....
......cayalah farid kamil......


kisah samseng jalanan V3,xde la lari sangat dari cerita mat rempit,
semuanya berkaitan dengan budaya mat rempit.
adengan MERABA  DALAM WAYANG,CURI DUIT (aksi lan Ribut aka Radhi OAG)
adegan KEMALANGAN dan banyak lagi yang best-best .....
boleh dikatakan 90% daripada cerita Samseng Jalanan V3 NIE MEMANG 5 STAR...

besar nanti janganlah jadi samseng jalanan lak.
jadi doktor tau........

tetapi sayang seribu kali sayang,yang tak seronoknya dekat ending cite tue,
ada ke patut ending dia just bagi tahu secara bertulis je.....
buatlah sikit lakonan yang menunjukkan penutup cerita nie,
ini tidak ,cerita dia macam tergantung je,sakit hati betul dengan ending cerita nie,,,
sebab tue la cuma 90% je yang 5 star,yang 10 % lagi betul-betul HAMPEH!!!!!



Kalau tak percaya ,pergilah tengok sendiri,zetty tak tipu.....
apa komen korang pula yang dah tengok cite Samseng Jalanan V3 tue......
apa-apa pun tahniah di ucapakan kepada Farid Kamil......
(puji nie,agak-agak zetty boleh dapat tiket free x??/)hehehehhe


lepas dah tengok wayang,zetty pun g makan kat SERI PERCIK MELAKA...
makanan kat situ memang sedap-sedap,kalau nak tahu sedap atau tidak,
korang cuba la,memang x rugi tau....huhuhuhu....
nak tahu tak zetty makan ape malam tue?????nak tahu tengok pic di bawah....
jengan jeles tau....hehehhehe





 
cukup la tue kan...nanti ade orang tue jeles lak....
yela kat tronto mana ade kan.....hehheheh gurau je.....
lepas dah kenyang zetty pun balik la....
nak pergi mana lagi kan.perut dah kenyang......
balik tido la jawabnya,,,,,,,,,hehehhehe


~sokonglah indastri filem tempatan~



www.tips-fb.com

“Mak! zetty tak nak kawin sampai bila-bila pun mak. zetty  rela jadi andartu kalau tak jumpa lelaki yang sesuai!”



pernah dengar ayat diatas tak???ataupun korang 
pernah mengucapnya.....(zetty pun selalu cakap mcm tue juga....)
hakikatnya zaman sekarang memang susah nak cari lelaki yang betul2 lelaki
yang banyak sekarang nie,lelaki yang boleh digelar buaya darat....
depan cakap lain,belakang cakap lain.....



sebab tue lah kebanyakan perempuan lebih rela tak berkawin 
atau lebih rela menjadi ANDARTU daripada menjadi mangsa suami 
yang boleh dianggap bukan suami,atau lebih tepat lagi,digelar 
BUAYA DARAT ,KASANOVA,PLAYBOY,LELAKI HIDUNG BELANG
dan macam-macam istilah lagi....daripada hari-hari makan hati baik hidup solo...
hati tak sakit,jiwa pun tenang....betul tak......




cari lelaki yang betul2 boleh dibuat calon suami bukan keje main-main...
bukan macam nak pilih ikan kembung  or sayur di pasar,
nie soal hidup dan mati,,,,tersalah pilih merana seumur hidup.....



bukan nak kata perempuan memilih,tapi benda penting,
takkan nak tangkap muat je,nampak je lelaki terus nak ajak kawin..
ini tak boleh jadi.....



sebab tue la zetty nak senaraikan beberapa senarai sifat lelaki 
yang boleh dibuat calon suami....




1. Pilih yang baik dan beragama  agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya.  So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak…
2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detectperangai boyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji… misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.
3. Jangan nilai pada rupa –don’t judge a book by it’s cover’..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox…huhu :-) )
4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak.  Dia hormat ke atau kurang ajar?
5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler…:-)
6. Lihat pada family dia  nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah ‘green light’…sebab ‘ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik…:-).  So, nilailah betul-betul yer.
7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kite – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda… sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh…:-)



susahkan nak cari lelaki yang baik sekarang,apa-apa pun
zetty percaya seseorang perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik juga....
lelaki kena faham-faham kenapa ada wanita yang kawin lewat atau tak kawin langsung.
bukan kata memilih ,tapi soal jodoh dan masa depan ditangan tuhan.....



AWAS !!!! ZETTY ANTI LELAKI CURANG!!!!!!!!!!!!!!!!!




zetty nie cakap je pandai kan.....padahal zetty pun tak tahu jodoh zetty bila
tapi mintak-mintak la zetty dapat  jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan beriman..amin......

www.tips-fb.com