~pujaan hati~

Posted by zetty edryana | 1:49 AM | 0 comments »




hei pujaan hati apa kabarmu

ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu


hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan



mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku


cubalah mengerti keadaanku
dan cubalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku......



www.tips-fb.com

~Dunia semakin kejam~

Posted by zetty edryana | 1:06 AM | 3 comments »

~Mati Disepak  kekasih Ibu~




KUALA KUBU BHARU : Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.


Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.



Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.



Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.




“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.

“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.


“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.


“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.


Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.


“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.


Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.


“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.


Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.


“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.

“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.


sumber : metro online


aduh sedih zetty baca berita macam nie .....
ape nak jadi dengan manusia sekarang tak ada hati perasaan langsung,
budak 3 tahun disepak2 oleh lelaki yang berumur 20 an.....
dah la duduk serumah tanpa ikatan perkawinan,,,,
pas tue bunuh budak yang tak berdosa.....
apa la nak jadi dengan dunia sekarang.........


YaAllah,,kejamnye manusia,,tak ada hati perut betul ,

yang geramnya ,puluhan yang melihat,tapi takkan la tak leh nak tahan seorang,
jika korang kat tempat orang-orang yang melihat tue korang nak buat apa????

sanggup ke korang tengok budak 3 tahun kena sepak macam bola,,,????
kayu gila sape2 yang melihat tue......

apa2 pun zetty ucapkan takziah kepada keluarga mangsa..........



 







DUNIA YANG KAU KEJARKAN ,
ITULAH YANG AKAN DI TINGGALKAN,
BILA DIHUJUNG JALAN TIMBULLAH KEKESALAN.......
WALAUPUN KAU MENANGIS,WALAU KAU MERINTIH
TAPI SEGALANYA SUDAH TERLEWAT.........


www.tips-fb.com

~berani kerana benar~

Posted by zetty edryana | 12:49 AM | 4 comments »



Zetty boleh melontarkan pendapat dengan sangat yakin sekali,
membidas kata-kata dari pihak lawan pun zetty mampu,
selagi benda tue benar...tapi dalam tak sedar ,
zetty akui zetty ada kelemahan sendiri.....

memang sifat zetty agak lurus,senang mempercayai orang.
adat manusia ada kelemahan dan ada juga kebaikan....
kalau semuanya sempurna tak adalah istilah saling melengkapi.....kan3x.....

sifat lurus zetty nie kadang2 agak-agak membebankan,
tapi kalau orang tipu,zetty boleh terima lagi,
positif .myb niatnya mahu bergurau,,,
tapi bila berkait dengan hati dan naluri zetty akui zetty tewas.....
positif entah kemana,optimis ?????hilang entah kemana......
itue la diri zetty....kadang-kadang kalau kita percayakan orang,
orang pulak pijak kepala kita balik.......
tapi kalau kita buat jahat dengan org,tahu pulak takut.......
itulah hukum karma.........



sebab zetty lakarkan entry nie untuk kongsi idea dengan korang,
berkaitan dengan orang yang suka,mengapi-gapi dan manipulati cerita.....
mesti korang pernah alami,kalau bagi zetty,benda nie dah selalu zetty lalui....
biarpun orang tue bukan la dekat dengan zetty,tapi sedikit sebanyak mestila zetty kecewa....

kawan baru,perasaan baru,kepercayaan baru,
tapi kalau sekali ditipu ,tak semudah zetty nak maafkan.....
kawan boleh tapi percaya semestinya tidak.......


disebabkan golongan ini,pergaduhan boleh timbul,
tak rasa bersalah ke ????mengapi2kan dua pihak....
besar dosanya tau......tolonglah bertaubat.....
zetty sayang kamu,zetty tak nak kamu sakit beban azabNya......
(zetty tegur nie,sila terasa ye....jangan buat tak tahu lak.....)
mugkin khilaf zetty juga,mudah sangat menaruh kepercayaan kat orang lain......
itue lah diri zetty,buruk sangka bukan sifatku........sedih la pulak.....



itulah dunia sekarang.tak semua orang kita boleh percaya,
kadang-kadang hanya manis dibibir sahaja.....
sebab itu kita mesti sedar  tak semua orang baik,
dan tak semua orang jahat...
kita perlu ada perasaan was-was dalam diri kita,
akhir sekali cintailah diri kita sebelum mencintai diri orang  lain.......



P/S -MUNGKIN BERHATI-HATI LANGKAH TERBAIK,
JANGAN MUDAH PERCAYAKAN ORANG,
BUKAN NIAT UNTUK MENGESYAKI,
TAPI UNTUK KESELAMATAN DIRI JUGA.....
BETUL TAK.......????







www.tips-fb.com

~Salah ke kalau perempuan minat bola??????~

Posted by zetty edryana | 11:38 PM | 2 comments »


Dulu masa kecik2 zetty minat sgat main ZERO-POINT (lompat geteh)
congkak,batu seremban dengan kawan2  masa tadika..hahahah.....best wooo.....
tue adalah permainan tradisional..zaman dulu2 katakan......
dipelopori oleh kaum wanita.....tapi semunya sudah berlalu....
sekarang dah jarang tengok budak2 main.....apatah lagi orang tua-tua macam mak cik nie....huhuhu

best wooo........

tapi sekarang dan sebelum merdeka lagi permainan bola sepak
menjadi kegilaan masyarakat seluruh dunia.....
sapa tak kenal Maradona,Moktar Dahari,
tue ketika dahulu,tapi sekarang c .ronaldo dan david beckham
yang menjadi pujaan perminat bola sepak....
yela diorang kan hensem...........zetty pun minat......


hensemnye,,,,,,,,,



kelab gergasi dunia seperti liverpool,barcalona,inter milan dan paling zetty minat mestila manchester united.....tak tido malam pun sanggup.....
menjadi kegilaan peminat sehingga berlaku rusuhan antara penyokong....
mamat-mamat silentman ,skema ,control macho juga sanggup mengadai sikap 
'hipokrik mereka demi bola......ish2......
yang paling untung mestila tauke-tauke kedai makan.....,penjual minuman ali cafe,
radix ,tongkat ali,meraih  pendapatan tertinggi menjelang wabak penyakit kronik,,,,
iaitu deman bola sepak...."TIDO BOLA,MAKAN BOLA,MANDI BOLA....."
ade ke mandi bola...korang layan je la.....huhuhu


M.U THE BEST.,,,,,,,

tapi kalau kita lihat distadium,mejoriti lebih ramai lelaki
daripada kaum wanita,tapi tak bermakna kaum wanita tak boleh minat bola...
kalau kita lihat,perempuan minat bola,msti kaum lelaki pandang sebelah mata...
mesti ada suara2 sumbang yang cakap'MESTI MINAH TUE TOMBOY,
Tak pun  MINAT SEBAB PERMAIN HENSEM'
seperti AIDIL dan ZAKUAN....kenapa jeles ke....huhuhu???

hensem tak.....nie buat zetty tak tido malam....

tapi tak dapat dinafiakn ramai juga perempuan yang minat bola,
dan amat membanggakan bila malaysia menerima kejayaan terbesar
dalam sukan bola sepak wanita selepas menerima kemenangan 
14-0 oleh Thailand.....hahaha hebat siot......

hebat kan.......

bagi zetty tak semua lelaki yang minat bola,
dan mungkin cara bermain yang dianggap kurang sopan dan tidak sesuai
untuk kaum wanita menonton...tapi bola sepak merupakan satu 
hiburan yang paling popular di bumi....

gol.gol.gol......

yang penting bagi remaja jauhilah perbuatan yang tidak berfaedah...
seperti merempit,berzina,seks bebas yang bercanggah dengan agama....
sokonglah bola sepak malaysia terutama pasukan HIJAU KUNING......
supaya sentiasa memperoleh kejayaan dalam setiap perlawanan.....
huhuhuhu'  KEDAH PANTANG KALAH....'





P/S ~MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
SATU MALAYSIA,SATU NEGARA,SATU MATLAMAT
HIJAU KUNING TETAP DIHATI........
(semangat negeri tue......boleh dapat pinggat dato x....huhuhu)

www.tips-fb.com

~love is cinta~

Posted by zetty edryana | 11:11 PM | 4 comments »




SESEORANG YANG KITA FIKIR ,KITA MILIKI.
TERNYATA BUKAN BENAR-BENAR MILIK KITA,
KITA MILIKI HATINYA,TUBUHNYA,DAN CINTANYA,
TAPI KITA TIDAK AKAN PERNAH UNTUK MELIKI JALAN HIDUPNYA.......


~Dikala ku sendirian~

Tika ku terkenangkan dirimu,
ku pasti akan tersenyum....
tika ku tidak mendengar suaramu....
rindunya aku padamu.....

tanpamu ....ku terasa sunyi sekali,
tanpamu ..hatiku menjadi gunda gelana
adakah ini dinamakan cinta???
cinta yang ku cari selama ini????

ku rindu padamu...
ku rindu gurau sendamu....
ku rindu gelak tawamu....
ku indu segalanya,,,,,




~Bila aku sudah tiada,simpan semua laguku......
jangan ditangisi selalu,mungkin itu sementara... 
bila jumpa pengantiku,jangan dilupakan aku..~
      

www.tips-fb.com

~seksi tapi bertudung????macam mne 2......

Posted by zetty edryana | 11:32 PM | 3 comments »


Pening-pening.....pelik pun ade....
ish2 ape la nak jadi dengan remaja zaman sekarang....(zetty pun remaja juga tau..)
seksi tapi bertudung?????bertudung tapi seksi.......????
zetty tak faham la....bila tanya pendapat kawan2 ,
ade yang ketawakan zetty....maklumla zetty kan org kampung...huhuhu
ada juga yang cakap 'KO DAH BUANG TABIAT KE????'
ade juga yang kata,solekan dimata yang boleh buat seseorg tue seksi......
yela dari kerana mata ,jatuh kehati la katakan,,,,,,


korang rase nie seksi ke????


macam nie ke maksud seksi tapi bertudung.....???
zetty tgok macam jakun pun ade.......
kalau nak pakai mcm nie,xpayah la pakai tudung......
buat malu kaum wanita......

seksi ke nie..........


yang nie korang rasa seksi ke.....
lawa ke pakai mcm nie.....????
kalau nak tunjuk susuk tubuh badan,
baik buang je tudung 2......


separuh dari komen2 status zetty di fb 
adalah seperti dibawah.........


buat ape nak seksi2...kalau nak pakai tudung pakai la elok2...
kan manis dipandang.....org pun suka tgok......
jangan jadikan tudung sebagai satu tren semata2....
apa2 pun yang kita buat biarlah iklas......

jangan kerana terpaksa sehingga memalukan
orang lain yang bertudung..........

kan cantik kalau macam nie...ayu je.....
.
.
.
.
.
.
.
.
terserlah kecantikan gadis melayu......



NAK TGOK LAGI KE?????
NIE SALAH SEORG CALON PILIHAN MAK2 MERTUA TAU.....
HEHEHEHHE


HEHEHE ayu tak.....????
sory nak over cikit...jangan  marah.





p/s...nak seksi biarlah bertempat
jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
zetty mintak maaf kalau ada yang terasa,,,,
yang penting hidup mesti happy......


www.tips-fb.com

~ehh semua dah kawin ke??????~

Posted by zetty edryana | 1:00 AM | 5 comments »

Malam nie cik bulan nak cite sal zaman sekola2 dulu.
cik zetty bukannya pandai pun dulu,
tanya la sape juara ponteng kelas,,,,,agak2 sape???
kalau bab sukan lagi la cik zetty malas,...
menang tak pernah hadir pun....huhuhu jgn tiru lak tau....


~time nak g sekola sempat lagi pose ...lain tak muka zetty...~

dah lama tak jumpa kawan2 sekola dulu,
rindu pulak....huhuhuhu
ape yang diorg tengah buat sekarang.....
agak2 diaorg rindu kat zetty x.......(gedik la zetty nie kan....)

me n frenz....rindunya


rupa2nya hampir 98% kawan2 zetty dah kawin...
macam tak percaya pun ada....
ada yang dah ada anak 1,2,3.....
ish2.....macam mane la zetty tak dapat  jemputan....
sedih tau....huhuhu.......
msti korang tertanya kan mane lagi 2% kan....
hahahah cuma zetty dengan kawan baik zetty je yang masih single.....
tapi dia dah berjaya,dah berpangkat besar.......huhuhu.....
dia tak de masaalah.petik jari berduyun2 anak dara nak.....
heheheh..lain la zetty,keje kuli je......(sedih la pulak...)

form  2 tak salah zetty

tue la org suro belajar zetty bercinta....
tapi sampai saat nie pun tak kawin2 lagi.....
tapi sayang la....pic kawin baik zetty 2 xde dalam simpanan.....
sory tau.....heheheh

me n yus....rindunya

ape pun yang korang tgh buat,
zetty doakan semoga semunya berbahagia selalu....
dan yang dah kawin zetty doakan selamat melayari alam rumah tangga.....
untuk kawan baik zetty,bila nak makan nasi minyak......
dah lama nak makan nasi minyak free.......jangan marah......

form 3...lain tak muka

~5 resepi bercinta~
1.SALING MEMPERCAYAI
2.SALING MEMAHAMI
3.BERTOALK ANSUR
4.KEJUJURAN
5.KESETIAAN
ibu-ibu bapak-bapak
siapa yang punya anak
bilang aku,aku yang tengah malu
sama teman-temanku
kerna cuma diriku yang tak laku2.......
  



www.tips-fb.com

~cita-citaku,bukan cita-citamu~

Posted by zetty edryana | 12:17 AM | 8 comments »



malam nie cik bulan  nak cite pasal cita2 cik zetty dulu2 ,
korang dengar la ,kalau tak nak dengar pun,kena dengar juga....hahahah

sejak dari tadika lagi,zetty minat sgat nak jadi polis,
bila cikgu tanya apa cita2 kamu,zetty mesti jawab polis,
best la dengan kejaya polis nie,ramai org takut,
terutama adnan sumpit....(melalut la pulak,,,huhuhu)
tapi mak zetty lak cakap;,TAKDAK KA CITA2 YANG BOLEH BANGGAKAN KELUARGA"

hebatkan........

lepas dah naik sekolah menengah,
dah tak minat pulak nak jadi polis,
so zetty tukar la nak jadi peramugari lak,,,
best pa,terbang diawan biru,dapat pusing satu dunia,
untung2 boleh sangkut dengan jutawan arab saudi ke,
mat saleh ke,tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia mane ade org tahu....
tapi sayang seribu kali sayang,ramai org kata ,
bukan best jadi peramugari nie,TERLAMPAU JE LEBIH,,,,,,,,sedih ma......

terlampau ke?????

terpaksa la tukar cita-cita lak.....
kali nie nak jadi model....(boleh ke huhuhu)
syoknye tgok model catwork dengan pakaian bermacam2 fesyen....
tapi sayang  seribu kali sayang.....
upanya tinggi zetty tak cukup inci la....huhuhuhu....

ade stail la.....

lepas spm zetty teringin lak nak jadi  secretaries 
zetty suka tengok gaya setiausaha,cantik je.....
nak juga cantik macam diorg,,,,,,tapi ade suara sumbang dari belakang,
yang mengata nak jadi  secretaries ke nak tackle bos....
entah2 nanti jadi bini no 2,3 ,or 4 bos....
aduh dgr diorg cakap macam 2,tak jadi nak jadi secretaries la....

boleh bayangkan tak kalau zetty macam nie.....huhuhu

semua cita2 zetty tak kesampaian,
akhirnya zetty jadi diri zetty sendiri.......
nak tahu zetty jadi ape.....?????

agak2 zetty jadi ape.......lu fikir la sendiri......











nak glamour je lebih.......


www.tips-fb.com

~Ciptaan Orang Jepun yg Genius~

Posted by zetty edryana | 11:38 PM | 2 comments »


tak dinafikan  org jepun memang hebat,
walaupun diorg xpandai cakap english,
tapi diorg lebih maju 20 kali ganda dari kita....

bayangkan kalau kita keseorgan atau kesunyian setiap malam,
mungkin kita perlukan bantal macam nie untuk mengisi hari2 sepi
terutama untuk yang masih bujang.......

fuh mmg syok tido kalau ada bantai macam nie....

untuk lelaki lak ,korang mesti nak bantal  macam nie kan....
korang x payah tipu la,tambah2 utk adik ku tersayang,,
iaitu si cipong yang teramat2 gedik.....huhuhuhu......

heheheh btul x cipong.........





.





~ pesanan utk cipong~  
         jangan la tiap2 malam mimpi aweks jepun lak.....
renung2 dan selamat beramal........




www.tips-fb.com


Alamak  kluar lagi cite buang bayi....aduh penat la macam nie....
bila baca paper ade je kes buang bayi,tepi longkang la,
dalam tong sampah la,naik muak bila baca.....

cutenya,,,mcm zetty dulu2 kot.....

kenapa kejam sangat !!haiwan pun rasa sayang pada anaknya...
inikan pulak manusia,dgn senang hati meninggalkan bayi 
dengan hasrat "BIAR LA MATI "x ubah seperti pembunuh....

kes2 rogol seperti bapak rogol anak sendiri macam dah jadi perkara biasa...
kaum wanita yang terniaya....sedangkan lelaki terlepas macam tue je...
yang tanggung malu perempuan....lelaki2 kat luar,
tlonglah jadi anak jantan sejati,'BERANI BUAT BERANI TANGGUNG'


~sedih sendirian~


patutnya lelaki menjadi pembimbig,bukannya perosak,
seronak sama dirasa mengapa derita dipikul  sendirian
xsalah bercinta,tapi mstila ada batasnya......


~jgn ikut nafsu......~

seks  sebelum bernikah bukan budaya kita,
jangan sampai bayi yang tak berdosa menjadi mangsa,
mereka  juga ada hak untuk bernafas dibumi ini....


comelnya.....kalau xnak bagi kat zetty....

zetty sarankan kaum2 perempuan jangan mudah terpedaya
dengan janji2 manis lelaki,
seeloknya belajarlah seni mempertahankan diri,
supaya tidak tewas ditangan lelaki.....


nie salah satu,kalau pandai tinju lagi bagus....


perempuan2 diluar jangan la pakai pakaian yang mennjolok mata,
sebaik2nya pakai la pakaian seperti  MODEL DIBAWAH.....

sory nk gedik sekejap......huhuhu

hari ini boleh jadi semalam,
esok sudah tentu menjadi hari ini,
namun semalam tidak akan menjadi hari ini dan esok,
kerana lumrah alam,masa tidak dapat diulang kembali,
untuk memberi peringatan kepada insan,
memperbaiki diri.......



~ya Allah,selamatkan keluargaku n diriku
 daripada perbuatan2 yang tidak bermaruah ini
~aminnn...





www.tips-fb.com