~LAGENDA BUDAK SETAN ~

Posted by zetty edryana | 2:49 AM | 0 comments »




Salam,ramai yang kata karya filem melayu,banyak tak bermutu,
tapi bagi diri zetty,sebenarnya kata-kata tersebut adalah salah sama sekali,
bak kata orang dulu-dulu,"Tak Kenal Maka Tak Cinta "

Akhirnya selama 25 tahun ,penantian "Ahadiat Akasha "sampai juga ke penghujungnya,
apabila novel terlarisnya "Lagenda Anak Setan " (LBS ) .Bagi generasi-generasi sekarang,
(macam zetty dah tua la pulak ) mesti tak tahu pasal Novel Legenda Anak Setan yang 
popular pada pertengahan tahun 90an kan...Zetty memang pengemar Novel,dan zetty salah
seorang  peminat "Ahadiat Akasha " .zetty memang kagun cara penulisan dia memang best.
bayangkan minda dan jiwa ,bila disuntik feeling romantik dan jiwang melalui pembacaan karya
cinta remaja agung ,dan membuatkan zetty kekal jiwang sampai ke hari nie.....hehhehe,....
(jiwang ke zetty nie....heheheh )



Mula-mula zetty tengok trailer filem nie kat tv,memang superb la traler dia,ini membuatkan 
zetty terfikir mungkin trailer filem"Lagenda Anak Setan "adalah trailer filem melayu yang best,
zetty tengok angle camera pun cool je,...Tapi yang paling zetty suka bila ada pelakon kegemaran 
zetty dalam filem nie,iaitu Lisa Surihani (ayu ) dan Farid Kamil ( kasyah ) .diorang memang 
berbakat besar,lakonan diorang memang menjadi.Pelakon lain yang ada dalam filem nie 
adalah Ogy Ahmad Daud (Mak Kasyah )Que Haidar  dan fazura ( Katerina ).



Zetty cerita sedikit sinopsis filem nie,Lagenda Anak Setan mengisahkan cinta suci Kasyah 
dan Ayu ,percintaan dua insan ini penuh ranjau dan duri walaupun saling mencintai,badai melanda 
apabila Ayu memungkiri janji untuk menanti kepulangan Kasyah apabila dia berkahwin dengan 
bekas kekasihnya, Azmi setelah didesak oleh ibunya.

Tapi ternyata Ayu tidak bahagia kerana dia tidak lagi menyintai Azmi memandangkan bekas 
kekasihnya itu pernah berlaku curang .Walupun benci ,Ayu cuba menyulam rasa sayang kepada
Azmi kerana lelaki tersebut telah menjadi suaminya,namun Azmi juga cemburu dengan Ayu 
kerana dia sedar hakikat yang sebenar.Selepas bergaduh besar dengan Azmi,Ayu terlibat dengan
kemalangan .Bermula saat itu,Ayu hilang bergitu sahaja.Kasyah pula bersedih apabila mendapat
tahu Ayu sudah menjadi milik orang lain.


"CINTA ADALAH KETIKA DIA MULA MENCINTAI ORANG LAIN DAN KAMU 
MASIH BISA TERSENYUM SAMBIL BERKATA 
"AKU TURUT BERBAHAGIA UNTUK KAMU"











~paling best masa scene kat pokok atas bukitdan sampai ke rumah kat paya bakau
macam nie la baru orang tertarik nak tengok filem kat pangung nnti,,,
tapi filem Lagenda Anak Setan memang best~,

www.tips-fb.com

0 comments