~PENANGAN KISAH ADAMAYA~

Posted by zetty edryana | 11:17 PM | 2 comments »



Salam....nie kali kedua zetty tulis entry tentang cerita yang 
hot diabad nie......nak wat macam mana mungkin petang
tadi takde rezeki zetty nak post kot....ok la zetty tulis lagi sekali...
sejak akhir2 nie,zetty rasa dah jatuh hati la....bukan jatuh hati kat seseorang
tapi jatuh cinta kat slot akasia ADAMAYA ditv3.....

cirita tue memang menarik...tak heran la setiap hari isnin hingga khamis,
tetap pukul 6.30 zetty orang pertama ada didepan tv...
cerita tue memang best ,sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
kisah dia tentang perkahwinan tanpa cinta dan cinta yang diatur 
oleh orang tua...



ok la zetty cerita sedikit sinopsis cerita nie......

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati 
menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam
24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). 
Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi.
Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. 
Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat
menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar 
negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik
kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.



Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak
mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya 
membantah kerana mempunyai kekasih hati, 
Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, 
dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. 
Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah 
bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.



Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. 
Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala 
Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan 
Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering 
bergaduh. 



Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?



tue la serba sedikit sinopsis cerita yang berjaya mencuri hati 
dan masa zetty petang2..dan zetty mintak maaf kalau ade sesiapa 
yang col atau mesej masa tue memang zetty takkan layan.....
harap maklum sebarang pangilan akan dilayan selapas pukul 
9.00 malam....sebab lepas cerita adamaya,ada lagi satu cerita 
yang berjaya menarik perhatian zetty....iaitu Awan Dania.....
yela tue kan salah satu cita-cita zetty,walaupun tak tercapai,
dapat tengok kisah diawan biru...pun jadilah.....





p/s : best juga kawin pilihan orang tua nie....
disebabkan drama adamaya nie la zetty dah teringin nak kawin....
tapi nak yang macam adam la....sweet je.....hehheh

www.tips-fb.com

2 comments

  1. bidadariMu // April 24, 2010 at 11:27 PM  

    hehe...adam best!! =)

  2. Ikmal // April 24, 2010 at 11:38 PM  

    bgs sinopsis yg lengkap....cet\rita ini bnyk pedoman...yg boleh kita bw dalam dunia realiti...