~Dunia semakin kejam~

Posted by zetty edryana | 1:06 AM | 3 comments »

~Mati Disepak  kekasih Ibu~




KUALA KUBU BHARU : Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.


Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.



Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.



Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.




“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.

“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.


“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.


“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.


Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.


“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.


Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.


“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.


Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.


“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.

“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.


sumber : metro online


aduh sedih zetty baca berita macam nie .....
ape nak jadi dengan manusia sekarang tak ada hati perasaan langsung,
budak 3 tahun disepak2 oleh lelaki yang berumur 20 an.....
dah la duduk serumah tanpa ikatan perkawinan,,,,
pas tue bunuh budak yang tak berdosa.....
apa la nak jadi dengan dunia sekarang.........


YaAllah,,kejamnye manusia,,tak ada hati perut betul ,

yang geramnya ,puluhan yang melihat,tapi takkan la tak leh nak tahan seorang,
jika korang kat tempat orang-orang yang melihat tue korang nak buat apa????

sanggup ke korang tengok budak 3 tahun kena sepak macam bola,,,????
kayu gila sape2 yang melihat tue......

apa2 pun zetty ucapkan takziah kepada keluarga mangsa..........



 







DUNIA YANG KAU KEJARKAN ,
ITULAH YANG AKAN DI TINGGALKAN,
BILA DIHUJUNG JALAN TIMBULLAH KEKESALAN.......
WALAUPUN KAU MENANGIS,WALAU KAU MERINTIH
TAPI SEGALANYA SUDAH TERLEWAT.........


www.tips-fb.com

3 comments

  1. Kalam Hitam // February 28, 2010 at 4:18 AM  

    setuju dengan anda!

    yang lain-lain katanya ramai sangat kat padang tu, takkan kerana kena ugut sikit dah semua nak biarkan binatang tu aniaya budak tu kan?

    hish! bacul lah sapa2 yang blasah budak2 ni. konpem tak ada hati perut, limpa, hempedal semua semualah!

  2. zetty edryana // February 28, 2010 at 12:28 PM  

    2 la yg pelik.....dalam ramai2 xkan la xde yang boleh tlong budak 2...pas dah heboh baru la diorang nak cite keadaan sebenar....semua dah terlambat,,,,,,,

  3. Ikmal // March 2, 2010 at 3:35 PM  

    bodoh betul la manusia skunk...xpenah puas dgn ape yg d br ALLAH...tnggl ngn bf smpai aa ank..pastu ngndubg lagi...ank lak mati...mnsia cmni jns setan bertopengkan mnsia...dajal atas muka bumi ALLAH